PAMERAN KINI (ARAS 5)
Dream of the Day
Dikurasikan oleh Patrick Flores
29 NOVEMBER 2022 - 14 MEI 2023
Aku bermimpi suatu hari nanti aku akan mencipta arca yang bernafas, yang boleh berpeluh, batuk, ketawa, menguap, senyum, mengenyit mata, bercungap, menari, berjalan, merangkak…
Tajuk pameran Dream of the Day ini, diambil daripada manifesto tahun 1965 oleh David Medalla, seorang artis kelahiran Filipina yang berpengaruh dalam dunia seni sezaman British dan antarabangsa sejak dekad 60an abad ke-20. Karya beliau, bersama karya 38 lagi artis dari Filipina, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Singapura, Vietnam, Myanmar, Mesir, dan Malaysia termasuk dalam pameran ini yang merangkumi berbagai bahantara, genre dan daya kepekaan— daripada surealisme, ‘sinema renungan’, 'persembahan-trans', kepada fotografi 'queer' dan lukisan feminis.
PAMERAN AKAN DATANG (ARAS 3)
lift the tikar!
11 MAC - 18 JUN 2023
Inilah beberapa motif dan elemen yang ditemukan dalam lift the tikar!', yang mengemukakan karya Yee I-Lann yang dihasilkan dengan kerjasama penenun Dusun dan Murut dari Keningau di pedalaman Sabah, dan Bajau Sama Dilaut di Pulau Omadal Semporna di sempadan Laut Sulu dan Laut Sulawesi, serta penari dan pembuat filem yang berpangkalan, seperti dirinya, di Kota Kinabalu. Kerjasama ini sendiri telah menjadi suatu proses penenunan - bahasa visual yang berbeza, sejarah seni, cerita, falsafah, ekonomi, geografi - untuk melihat apa yang boleh diperolehi bersama daripada proses ini.
Pameran ini berhasrat memahami bagaimana 'tikar', dari segi bentuk dan konsep boleh menjadi bahantara untuk berfikir tentang seni, kuasa, bahasa dan bagaimana kita membentuk masyarakat.
Waktu Buka (Ramadan):
Isnin - Sabtu: 11:00pg - 6:00ptg
Ahad: 11:00pg - 5:00ptg
Tutup pada hari Isnin & Cuti Awam
MAKLUMAT KEPADA PENGUNJUNG
Di sini kami mengambil langkah pencegahan untuk keselamatan para pengunjung dan staf. Mohon patuh kepada SOP yang ditetapkan:
Semua program akan dijalankan menerusi platfom maya ILHAM@Home, sila ikuti kami di FB/Instagram @ilhamgallerykl
- Hanya pengunjung lengkap vaksin dibenarkan masuk ke galeri.
- Kanak-kanak perlu ditemani oleh orang dewasa yang sudah menerima vaksin.
- Semua pengunjung digalakkan memakai pelitup muka.
- Penjarakan sosial digalakkan ketika berada di galeri.
Mohon bantu kami memelihara persekitaran yang selamat untuk semua.