Bengkel

PROGRAM / BENGKEL

Bengkel Penulisan Kreatif Bersama Jo Kukathas

4 MAC 2017, 10:30PG – 1:30PTG
18 MAC 2017, 10:30PG – 1:30PTG

ILHAM akan menganjurkan sebuah bengkel penulisan kreatif bersama Jo Kukathas, penulis dan pengarah terkenal, dengan mengambil inspirasi dari karya-karya di pameran Afterwork. 

Bertempat di galeri, peserta akan digalakkan untuk menghasilkan penulisan baru yang inspirasi dari idea dan tema pameran — migrasi, identiti, idea tentang ‘kampung halaman’. Hasil karya boleh berbentuk puisi, penulisan pentas, cerpen atau esei. Berlangsung selama dua hari Sabtu pada bulan Mac, peserta berpeluang untuk berkongsi draf kerja dan idea mereka bersama- sama. Bengkel ini dibuka untuk semua penulis.

Tempat terhad. Kepada sesiapa yang berminat, sila email kepada info@ilhamgallery.com untuk butiran lanjut.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM