PERTANDINGAN ESEI

PROGRAM / MEI-OKTOBER 2017

PERTANDINGAN: PERTANDINGAN ESEI

TARIKH TUTUP: 15 JULAI 2017

Sebagai salah satu sasaran Contemporary Forum bagi menggalakkan wacana kritikal di dalam dunia seni dan budaya di Malaysia, ILHAM menganjurkan sebuah pertandingan esei untuk penulis-penulis muda yang akan menulis tentang Contemporary Forum — merangkumi temanya, kedua pamerannya dan prosesnya. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Malaysia bawah 39 tahun dan esei penyertaan boleh dihantar di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Untuk penyertaan, para penulis perlu menghantar sebuah cadangan esei di dalam 300-400 patah perkataan, di mana dua buah cadangan esei akan disenarai pendek oleh pihak Juri. Tiga cadangan terpilih tersebut akan dikomisyenkan bagi menyiap esei untuk disertakan di dalam penerbitan buku Contemporary Forum. Panjangesei yang dikomisyen ialah sepanjang 1,800 - 2,000 patah perkataan dan pemenang akan dipilih opleh pihak Juri. Tarikh tutup penyertaan ialah 15 Julai 2017.

Menyertai pertandingan
Sila hantarkan Cadangan esei anda sepanjang 300 hingga 400 patah perkataan berkenaan pameran ILHAM Contemporary Forum yang sedang berlangsung kini. Cadangan esei tidak hanya terhad dengan ulasan pameran; juga dibenarkan, komen terhadap tema, isu dan proses projek Contemporary Forum. Anda mungkin juga ingin memberi ulasan dan membincangkan tentang karya yang dipamerkan lengkap dengan penjelasan di sebaliknya. Ia juga termasuk dengan garis panduan kepada idea dan hujah untuk cadangan esei anda. Juga, sila sertakan biografi sepanjang 250 patah perkataan; CV tidak diterima. Esei pertandingan dibenarkan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Kelayakan
Pertandingan ini terbuka untuk rakyat Malaysia yang berumur di bawah 39 tahun.

Email penyertaan anda kepada info@ilhamgallery.com
Sila sertakan cadangan dan biografi anda bersama di dalam dokumen tunggal PDF (sila sertakan ringkasan nama pada dokumen). Sertakan bersama nama dan alamat email dan nombor telefon berama-sama biografi anda. Penyertaan boleh ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Tarikh Tutup
Tarikh tutup penghantaran Cadangan pada 15 Julai 2017.

Finalis
Juri akan memilih 3 Cadangan terbaik dari penyertaan, dan ILHAM akan mengkomisyenkan 3 Finalis untuk melengkapkan esei mereka. 3 Finalis ini akan diberi masa sehingga 31 Ogos 2017 untuk menyiapkan esei sepanjang 2,000 patah perkataan. Ketiga-tiga Finalis akan diberikan hadiah penghargaan sebanyak RM300. Nama dan identiti peserta akan dirahsiakan dari Juri semasa pemilihan pemenang.

Pemenang

Juri akan memilih salah seorang dari 3 Finalis sebagai Pemenang Utama, yang akan menerima hadiah wang sejumlah RM1000

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM