PROGRAMOGOS-DIS 2018

TAYANGAN FILEM: 

INCLUSION EQUALS LOVE – Inclusive Outdoor Classroom

25 OGOS 2018, 5:00PTG

INCLUSION EQUALS LOVE

Tayangan filem dokumentari bertajuk Inclusion Equals Love arahan pembikin filem yang telah meraih pelbagai anugerah, Indrani Kopal, dengan kerjasama Inclusive Outdoor Classroom. Filem istimewa ini menuruti kejayaan dan kehampaan ibu bapa yang mencari peluang pendidikan terangkum di sekolah- sekolah arus perdana, selain dari sekolah yang hanya tertumpu kepada keperluan spesifik individu khas. Paparan filem ini menunjukkan bahawa keterangkuman bukan sahaja dapat melahirkan kehidupan yang baik kepada yang memerlukan, juga kepada yang terlibat. Isu ini kelihatan peribadi namun bersifat kebangsaan jika diluaskan skopnya dan perbincangan amat diperlukan bagi menggerakkan kemanusiaan.

Tayangan ini akan disusuli dengan sesi soal-jawab bersama penerbit filem.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM