Bengkel ILHAM

PROGRAMFEB-JUN 2019

BENGKEL ILHAM

Bengkel Penulisan Kreatif: Membayang Kehidupan Peribadi

Dengan Jo Kukathas

Berekperimentasi dengan gaya baru dalam penulisan yang diinspirasikan dari pameran Chia Yu Chian: Private Lives. Bengkel penulisan kreatif dua-hari ini akan dikelolakan oleh ILHAM bersama dengan penulis dan pengarah Jo Kukathas. Bekerja di galeri, peserta didorong untuk menghasilkan penulisan baru berdasarkan karya-karya catan penuh emosi yang menawarkan pelbagai kemungkinan pengolahan naratif ini sebagai batu loncatan dalam eksperimen dalam menulis. Hasilnya terrpulang kepada peserta sama ada untuk menghasilkan penulisan untuk pementasan, cerpen dan esei refleksi. Diselenggarakan selama dua hari Sabtu di bulan Mac & April, akan ada waktu dan kesempatan untuk menulis dan kemudian membincangkan konsep karya atau hanya untuk berkongsikan dan menuntaskan idea-idea baru. Bengkel ini terbuka untuk semua lapisan peringkat penulis.

Tempat adalah terhad. Bagi sesiapa yang berminat sila emel kepada info@ilhamgallery.com untuk maklumat lanjut.

30 MAC 2019 & 6 APR 2019

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM