PROGRAM / DISEMBER-APRIL 2020

BICARA ILHAM

APA APA

14 MAC 2020, 3:00PTG

Sertai kami dalam perbincangan tentang penubuhan pesta seni berbagai disiplin yang dipersembahkan oleh Artist Pro Activ (APA), sebuah kumpulan artis bebas ditubuhkan sebagai reaksi kepada peristiwa sosio-politik tahun 1998. Pesta APA ini yang berlangsung pada 27 Oktober hingga 15 November 1998, mempersembahkan berbagai acara, daripada persembahan teater ke pameran seni lukis dan tayangan filem.Tujuannya ialah untuk menggalak pemikiran bebas sambil berpegangkan fahaman bahawa komuniti seni mesti bersatu dan berdiri tegas memainkan peranan pro-aktif dalam memperjuangkan masyarakat yang lebih terbuka, tanpa berbelah bagi. Panel perbincangan akan diketuai oleh Kathy Rowland dan Susie Kukathas, kedua-duanya penerbit Pesta APA.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM