Mengenai ILHAM

MENGENAI ILHAM

YAYASAN ILHAM

YAYASAN ILHAM 201801038471(1300502-A), sebuah yayasan bukan untung yang ditubuhkan pada 22 Oktober 2018  khusus untuk kerja-kerja kedermawanan dan amal termasuk mempromosikan seni, budaya dan pendidikan di Malaysia. YAYASAN ILHAM mengambil alih ILHAM Gallery dan Kedai Cenderamata pada 1 Januari 2019 yang sebelum ini diuruskan oleh IB Tower Sdn Bhd (969989-M) dari tahun 2015.ILHAM merupakan sebuah galeri seni awam yang beriltizam untuk mendokong usaha-usaha ke arah perkembangan, pemahaman serta penghayatan seni moden dan kontemporari Malaysia di dalam konteks serantau dan antarabangsa.

GALERI ILHAM

ILHAM merupakan sebuah galeri seni awam yang beriltizam untuk mendokong usaha-usaha ke arah perkembangan, pemahaman serta penghayatan seni moden dan kontemporari Malaysia di dalam konteks serantau dan antarabangsa.

ILHAM bertekad untuk menarik pembabitan pelbagai jenis khalayak, dan menjadi sumber serta wadah sama ada bagi mereka yang terlibat dalam seni mahupun bagi mereka yang menganggap seni sebagai suatu pengalaman baharu.

Menerusi siri pameran, projek-projek melibatkan masyarakat awam yang kami anjurkan dan pusat sumber, kami berazam untuk membawa orang ramai lebih mendekati karya-karya seni, para artis, dan idea-idea mereka.

 

 

 

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM