Menggodam

17 Ogos – 2 November 2025 (Level 3)

 

Menggodam’ meliputi berbagai erti dengan berbagai kegunaan termasuk menceroboh, gangguan, penggunaan yang tidak diingini, pembuatan semula secara kreatif serta cetak rompak. Dalam pameran ini, kami mempersembahkan ‘menggodam’ sebagai ‘kepintaran budaya mengaturcara semula untuk melaksanakan program kita sendiri’. Strategi budaya sedemikian untuk melibat dan mengagih teknologi juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang berbeza di Asia - budaya penggodaman dan penyalinan kreatif yang dicerminkan oleh shanzai dan kompromi pragmatik chabuduo di China, hiperfungsi tinggi peranti Jepun yang dipanggil chindogu, alat-alat sementara jugaat di India, penyelesaian diskarte yang bijak di Filipina, serta teknik akalakalaan di Indonesia yang pandai dan licik. Dalam setiap konteks ini, konfigurasi semula kreatif dan apropriasi vernakular bukan sahaja menunjukkan cara pembuatan yang terletak dalam budaya tetapi sebenarnya, meletakkan strategi untuk melitarpintaskan sifat tertutup dan logik pengecualian perkakasan, sistem dan infrastruktur, terutamanya yang diwarisi daripada luar budaya-budaya ini.

Daya cipta amalan sedemikian telah berkembang berhubungan dengan persaingan yang lebih luas mengenai pembuatan semasa setengah abad yang lalu - siapa yang membuat dan bagaimana apa yang dibuat dinilai - terbukti pada persilangan sejarah sumber terbuka dan budaya pergerakan pembuat serta budaya penggodam dan DIY. 

Pameran ini menempatkan dirinya dalam persekitaran ini untuk meletakkan potensi radikal amalan budaya seperti menggodam untuk mengganggu dan menunjukkan cara alternatif untuk membayangkan hubungan kita dengan teknologi.

Roopesh Sitharan & Gunalan Nadarajan

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM