Dikurasikan oleh Gridthiya Gaweewong, Kasamaponn Saengsuratham, Kittima Chareeprasit, dan Ekkalak Napthuesuk
25 Mac - 15 Julai 2018

Kolaborasi bersama ILHAM dan MAIIAM dengan bangganya mempersembahkan PATANI SEMASA: sebuah pameran seni kontemporari dari Semenanjung Emas. Membariskan karya-karya dan representasi budaya Patani hasilan 28 artis tempatan dan artis-artis yang mengangkat isu-isu berkaitan wilayah tersebut. Pameran ini seakan kaleidoskop kepada pelbagai pandangan, metodologi dan respon yang terhasil dari pengalaman sepanjang 13 tahun.
‘Wilayah Patani’ merujuk kepada kawasan geografi yang dikenali dalam dunia moden Thailand sebagai daerah Patani, Yala dan Narathiwat, dan sebahagian dari Songkla. Budaya dominan di kawasan-kawasan ini dikenali dengan budaya etnik Melayu dan Islam. Naratif yang selalu dipaparkan dalam tempoh 13 tahun (2004–2017) kebelakangan ini dipenuhi dengan imej-imej konflik. Di sini timbul persoalan yang cuba diangkat di dalam pameran ini, bagaimana karya-karya kontemporari dan representasi budaya Patani dipersembahkan: dari sudut formal, naratif, lisan dan struktur.

Dengan meneroka pilihan refleksi artis-artis visual, jurugambar, pembikin dokumentari, arkitek, penyair dan penulis terhadap peristiwa dan kehidupan kontemporari masyarakat Patani, pameran ini dilihat sebagai revitalisasi dan pengembangan seni kontemporari dan ruang budaya. Patani Semasa bukanlah satu representasi menyeluruh suara-suara Patani, namun cuba mengundang dan mencabar pemikiran terhadap apa yang berlaku di rantau ini, dan ruang yang wujud di antara sempadan yang mendefinasikan ‘kita’.
Karyawan:
	Ampannee Satoh
	Amru Thaisnit
	Anis Nagasevi
	Apichatpong Weerasethakul
	I-na Phuyuthanon
	Jakkai Siributr
	Jamilah Daud
	Jamilah Haji
	Jehabdulloh Jehsorhoh
	Kameelah I-lala
	Keeta Isran
	Korakot Sangnoy
	Mahamasabree Jehloh
	Muhammadsuriyee Masu
	Mumadsoray Deng
	Nuriya Waji
	Nurulfirdaos Ding
	Pichet Piaklin
	Prach Pimarnman
	Pratchaya Phinthong
	Roslisham Ismail (ISE)
	Ruangsak Anuwatwimon
	Salwanee Hajisamae
	Sirichai Pummak
	Suhaidee Sata
	Sureena Chema
	Vinai Dithajohn
	Zakariya Amataya

2015-2025 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG