PROGRAMOGOS-DIS 2018

TAYANGAN FILEM: 

INCARCERATED RHYTHM

1 SEP 2018, 3:00PTG

INCARCERATED RHYTHM

Incarcerated Rhythm mengikuti kisah enam lelaki menjalani kehidupan setelah tiga tahun dibebaskan dari penjara. Ketika di dalam tahanan penjara, keenam-enam mereka telah menyertai program rehabilitasi tarian moden, satu-satunya program di Amerika Syarikat. Setelah bebas, mereka harus membahagikan antara hubungan lama, mendapatkan pekerjaan, dan pilihan sama ada ingin terus menari atau biarkan berlalu. Dokumentari ini diarahkan oleh Indrani Kopal di New York dan telah ditayangkan untuk World Premiere pada April di 13th Annual Harlem international Film Festival 2018 dengan pengarahnya membawa pulang anugerah istimewa “Mira Nair Award for Rising Female Filmmaker.”

Tayangan ini akan disusuli dengan sesi soal-jawab bersama pembikin filem.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM