PROGRAMMESOGOS-DIS 2018

MUSIM FOTOGRAFI DI ILHAM: 

TWO MOUNTAINS PHOTOGRAPHY PROJECT

24 NOVEMBER – 23 DISEMBER 2018, ARAS 3

we will have been young

we will have been young

TWO MOUNTAINS merupakan projek fotografi bersifat ‘persahabatan bersama’ yang dicetus oleh Steven Lee, Pengarah KLPA Events dan Naoko Ohta, Pengarah KLEE, INC PARIS TOKYO, pada awal 2014. Menyedari status ikonik Gunung Fuji di Jepun dan Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia, tiga jurufoto yang dipilih khas dari setiap negara berkenaan dikehendaki menghasilkan kisah-kisah peribadi dalam bentuk foto mengenai kedua-dua gunung yang dianggap mulia itu. Dengan memfokuskan pada manusia dan masyarakat yang tinggal ‘di bawah bayangan’ gunung-gunung tersebut, projek fotografi rentas-budaya ini adalah bertujuan untuk menyelongkar segala legenda, cerita rakyat, landskap alam dan tradisi yang berkaitan dengan setiap gunung tersebut.

Pameran ini (TM3.0) adalah kemuncak kepada dua pameran terawal, TM1.0 di Malaysia (2014) dan TM2.0 di Jepun (2017).


Senarai jurufoto dalam pameran TM3.0:

MALAYSIA
Nadirah ZAKARIYA
Nana SAFIANA
Stacy LIU

JAPAN
Mikio HASUI
Atsushi OKUYAMA
Yuki MORITA

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM