Program Kanak-Kanak

PROGRAMJULAI-NOVEMBER 2019

Program Kanak-Kanak

LAWATAN SEKOLAH

Lawatan Berpandu

Kami menyediakan lawatan berpandu interaktif untuk kumpulan pelajar sekolah. Ini bertujuan untuk mengasah daya pengamatan dan mengembangkan pemikiran kritis pelajar. Sila e-mel info@ilhamgallery.com untuk temujanji. Perlu diingatkan sebarang temujanji memerlukan notis awal 7–10 hari sebelum lawatan.

ILHAM KIDS!

Kami menyediakan program-program untuk anak-anak kecil yang direka khas untuk menggalakkan appresiasi seni, mengilhamkan rasa ingin tahu, dan membangunkan daya pengamatan dan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak. Sila emel ke info@ilhamgallery.com untuk pendaftaran.

Lawatan Penerokaan Seni untuk Kanak-Kanak

Lawatan Penerokaan Seni kami khusus untuk pengunjung-pengunjung cilik berumur 5-18 sepanjang pameran berlangsung dengan program-program khas.

KHUSUS KANAK-KANAK BERUSIA 5–12 TAHUN (DITEMANI OLEH IBUBAPA)

13 Ogos  (Sel)  10:00pg – 12:30ptg
15 Ogos (Kha)  10:00pg – 12:30ptg
27 Ogos (Sel)  10:00pg – 12:30ptg
10 Sep  (Sel)  10:00pg – 12:30ptg
28 Sep (Sab)  10:00pg – 12:30ptg
28 Sep  (Sab)  02:00ptg – 04:30ptg
17 Okt  (Kha)  10:00pg – 12:30ptg
26 Okt (Sab) 02:00ptg – 04:30ptg
29 Okt  (Sel)  10:00pg – 12:30ptg
02 Nov  (Sab)  10:00pg – 12:30ptg

Yuran: RM30 seorang, percuma kepada ibu bapa atau penjaga. Untuk maklumat lanjut berkenaan latar belakang dan fasilitator lawatan, sila berkunjung ke www.ilhamgallery.com/programmes/tours-for-tots-kids/ 

Untuk remaja berumur antara 13 hingga 18 tahun, lawatan boleh diatur jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 8 orang, iringan ibu bapa dialu-alukan dan digalakkan tetapi tidak diperlukan.


Melukis Morning Glory Bersama Charlotte Sullivan

Terokai kreativiti anda, relaks dan beramah mesra bersama-sama peserta lain sambil belajar melukis bersama artis dan guru seni lepasan Pratt Institute New York, Charlotte Sullivan. Walaupun anda sudah lama tidak menyentuh berus sejak dari zaman sekolah rendah, anda pasti terkejut dengan kemampuan diri. Tidak perlu pengalaman melukis kerana anda akan diajar menurut kadar kemampuan sendiri.

Melukis Burung Bersama Blooms Sprint

08 Sep (Aha) 10:00pg – 03:00ptg*
* Yuran: RM225 untuk setengah hari  termasuk bahan. termasuk rehat tengah hari, makan tengah hari tidak disediakan.

26 Sep (Kha) 10:00pg – 12:00ptg**
27 Sep (Jum) 10:00pg – 12:00ptg**
**Yuran: RM225 dua lukisan, termasuk bahan.

Melukis Merak (Sesi Khas Deepavali)

07 Nov  (Kha) 10:00pg – 12:00ptg*
08 Nov (Jum) 10:00pg – 12:00ptg*
*Yuran: RM225 untuk setengah hari  termasuk bahan. termasuk rehat tengah hari, makan tengah hari tidak disediakan.

10 Nov (Aha) 10:00pg – 03:00ptg**
**Yuran: RM225 untuksetengah hari  termasuk bahan. termasuk rehat tengah hari, makan tengah hari tidak disediakan.


Bertemu Hanna Alkaf

Penulis “The Weight Of Sky” (Novel Remaja Dewasa)

Mari bertemu penulis Malaysia Hanna Alkaf untuk mempelajari inspirasi dan proses kreatif beliau. Debut novel remaja dewasa Hanna, “The Weight of Our Sky” baru-baru ini diterbitkan oleh Salaam Reads, sebuah cetakan baru yang memfokus pada kisah-kisah Muslim oleh penulis Muslim untuk audiens muda. Ia akan disusuli dengan acara menanda tangan buku.

17 Ogos (Sab) 11:00pg – 12:00ptg


Bengkel Melukis Komik Dengan Kolaborasi Bersama Pepper Lim

Artis komik Pepper Lim, pengarang Wilbur & Faraday, sebuah komik yang ditulis untuk “kanak-kanak dan kanak-kanak di dalam diri dewasa”, akan menunjukkan bagaimana membangunkan watak di dalam komik berserta bagaimana cara menggunakan kemahiran melukis komik untuk belajar di sekolah dan kehidupan seharian.

SESUAI UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 5 – 8 TAHUN
18 Ogos (Aha) 10:30pg –12:30ptg
29 Sep (Aha) 10:30pg –12:30ptg

SESUAI UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 9 – 12 TAHUN
18 Ogos (Aha) 02:00ptg –04:00ptg
29 Sep (Aha) 02:00ptg –04:00ptg

Yuran: RM100/seorang berserta komik Wilbur & Faraday, RM70 tanpa komik. Semua bahan lukisan akan disediakan, tidak perlu pengiring.


Bengkel Sains Kolaborasi Bersama Atom And The Dot

Kami menyambung kerjasama dengan pembekal kotak sains berlanggan dan start-up dari Malaysia, Atom and the Dot.

Menghasilkan Seni Moden Dengan Magnet

Belajar tentang seni moden antarabangsa dan tempatan, dan hasilkan lukisan moden dengan magnet

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 3 HINGGA 5 TAHUN (DITEMANI IBU BAPA)
01 Ogos (Kha) 11:00pg – 12:00ptg
25 Ogos (Aha) 02:00ptg – 03:00ptg
05 Nov  (Sel) 10:30pg – 11:30pg

Yuran: RM45/seorang. Semua bahan disediakan.

Mitos Dan Legenda: Seni Interaktif Dengan Kertas Litar

Ketahui tentang mitos dan lagenda tempatan, hasilkan karya seni interaktif dengan kertas litar yang diilhamkan dari kisah-kisah ini.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 4 HINGGA 12 TAHUN (KANAK-KANAK DI BAWAH 9 TAHUN MESTI DITEMANI IBU BAPA)
01 Ogos (Kha) 02:00ptg – 03:00ptg
25 Ogos (Aha) 11:00pg – 12:00ptg
05 Nov  (Sel) 03:00ptg – 04:00ptg

Yuran: RM45/seorang. Semua bahan disediakan.

Simbol Deepavali, Mitos Dan Legenda: Art Interaktif Dengan Kertas Litar (Sesi Perayaan Khas)

Pelajari tentang simbol, mitos dan legenda Deepavali, dan hasilkan karya seni interaktif dengan kertas litar yang diilhami dari perayaan ini.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 4 HINGGA 12 TAHUN (KANAK-KANAK DI BAWAH 9 TAHUN MESTI DITEMANI IBU BAPA)
22 Okt  (Sel) 10:30pg – 11:30pg
22 Okt  (Sel) 03:00ptg – 04:00ptg

Yuran: RM45/seorang. Semua bahan disediakan.

Simbol Halloween, Mitos Dan Legenda: Art Interaktif Dengan Kertas Litar (Sesi Perayaan Khas)

Pelajari tentang simbol, mitos dan legenda Helloween, dan hasilkan karya seni interaktif dengan kertas litar yang diilhami dari perayaan ini.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 4 HINGGA 12 TAHUN (KANAK-KANAK DI BAWAH 9 TAHUN MESTI DITEMANI IBU BAPA)
31 Okt (Sel) 10:30pg – 11:30pg
31 Okt (Sel) 03:00ptg – 04:00ptg

Yuran: RM45/seorang. Semua bahan disediakan.

Biomimicry: Reka Dan Inovasi Yang Inspirasi Alam Semula Jadi

Belajar tentang reka bentuk dan inovasi yang diilhamkan oleh alam semula jadi, kendali projek yang diilhami oleh alam sekitar.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 4 HINGGA 12 TAHUN (KANAK-KANAK DI BAWAH 9 TAHUN MESTI DITEMANI IBU BAPA)
12 Sep (Kha) 10:30am – 11:30am
12 Sep (Kha) 03:00pm – 04:00pm
19 Sep (Kha) 10:30am – 11:30am
19 Sep (kha) 03:00pm – 04:00pm

Yuran: RM45/seorang. Semua bahan disediakan.


Special Storytelling + Art Sessions In Collaboration With Nor Azhar Ishak

What Lies Above The Sky?

Sesi bercerita kanak-kanak oleh Pemenang Anugerah, Penulis-Pelukis-Tukang cerita Nor Azhar Ishak diikuti dengan Aktiviti Melukis kanak-kanak untuk menghasilkan karya diinspirasikan dari galaksi.

SESUAI UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 6 – 8 TAHUN
24 Ogos (Sab) 10:30pg – 12:30ptg
14 Sep (Sab) 02:00ptg – 04:00ptg

Yuran: RM70/seorang. Kit lukisan media campuran akan disediakan.


Projek Pengekodan Inspirasi Seni Untuk Kanak-kanak

Projek pengekodan unik inspirasi dari seni ini direka khas untuk kanak-kanak dengan kolaborasi bersama CodeJuniors. Melalui kursus inovatif termasuk program robotik dan logik dengan menggunakan permainan dan aktiviti, kanak-kanak bukan sahaja akan mempelajari tentang seni, mereka juga akan belajar berfikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan bagaimana menjadi pelajar yang berdikari.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR DI ANTARA 5 HINGGA 8 TAHUN(IBU BAPA HENDAKLAH MENUNGGU ANAK-ANAK DI KEDAI CENDERAMATA ATAU DI GALERI)

Projek Pengekodan Avengers diilhamkan oleh Seni Komik (Projek 1)
04 Ogos (Aha) 11:30pg – 01:00ptg

Projek Pengekodan Perayaan Diilhamkan dari Deepavali
20 Okt  (Aha) 11:30pg – 01:00ptg

Projek Pengekodan Avengers diilhamkan oleh Seni Komik (Projek 2)
20 Okt  (Aha) 02:00ptg – 03:30ptg

Projek Pengekodan Diilhamkan oleh Mitos dan Legenda Malaysia
03 Nov (Aha) 11:30pg – 01:00ptg

Yuran: RM70/seorang

PROJEK PENGEKODAN UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR DI ANTARA 8 HINGGA 11 TAHUN (TIDAK PERLU IRINGAN IBU BAPA)

Projek Pengekodan Avengers diilhamkan oleh Seni Komik
04 Ogos  (Aha) 02:00ptg – 03:30ptg

Projek Pengekodan Diilhamkan oleh Mitos dan Legenda Malaysia
03 Nov  (Aha) 02:00ptg – 03:30ptg

Yuran: RM70/seorang

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM