Program Kanak-Kanak

PROGRAM / DISEMBER-APRIL 2020

Program Kanak-Kanak

LAWATAN SEKOLAH - Lawatan Berpandu

Kami menyediakan lawatan berpandu interaktif untuk kumpulan pelajar sekolah. Ini bertujuan untuk mengasah daya pengamatan dan mengembangkan pemikiran kritis pelajar. Sila e-mel info@ilhamgallery.com untuk temujanji. Perlu diingatkan sebarang temujanji memerlukan notis awal 7–10 hari sebelum lawatan.

ILHAM KIDS!

Kami menyediakan program-program untuk anak-anak kecil yang direka khas untuk menggalakkan appresiasi seni, mengilhamkan rasa ingin tahu, dan membangunkan daya pengamatan dan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak. Sila emel ke info@ilhamgallery.com untuk pendaftaran.

Lawatan Penerokaan Seni untuk Kanak-Kanak

Lawatan Penerokaan Seni kami khusus untuk pengunjung-pengunjung cilik berumur 5-18 sepanjang pameran berlangsung dengan program-program khas.

KHUSUS KANAK-KANAK BERUSIA 5–12 TAHUN (DITEMANI OLEH IBUBAPA)
04 Jan 2020 (Sab) 10:00pg – 12:30ptg
30 Jan 2020 (Kha) 10:00pg – 12:30ptg
15 Feb 2020 (Sab) 10:00pg – 12:30ptg
15 Feb 2020 (Sab) 02:30ptg – 05:00ptg
27 Feb 2020 (Kha) 10:00pg – 12:30ptg
14 Mar 2020 (Sab) 10:00pg – 12:30ptg
20 Mar 2020 (Jum) 10:00pg – 12:30ptg
01 Apr 2020 (Rab) 10:00pg – 12:30ptg
01 Apr 2020 (Rab) 02:30ptg – 05:00ptg

Yuran: RM30 seorang, percuma kepada ibu bapa atau penjaga. Untuk maklumat lanjut berkenaan latar belakang dan fasilitator lawatan, sila berkunjung ke www.ilhamgallery.com/programmes/tours-for-tots-kids/

Untuk remaja berumur antara 13 hingga 18 tahun, lawatan boleh diatur jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 8 orang, iringan ibu bapa dialu-alukan dan digalakkan tetapi tidak diperlukan.


Sesi Bacaan Buku Bergambar Kanak-Kanak Dengan Kerjasama Me Books Asia

Dalam sesi keluarga yang popular ini, fasilitator kami akan membaca dua atau tiga buah buku bergambar yang dipilih khas daripada Me Books Asia yang berkaitan dengan kandungan atau tema pameran yang berlangsung serta Lawatan Mengenali Seni (tajuk buku akan ditetapkan kemudian).

Bacaan akan diikuti dengan aktiviti seni senang untuk menjelaskan konsep-konsep yang dibincang dalam sesi.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 5 HINGGA 9 TAHUN
(KANAK-KANAK DI BAWAH 9 TAHUN MESTI diiringi oleh IBU/BAPA)

29 Feb 2020 (Sab) 10:30pg – 12:00ptg

Yuran: RM25 / seorang, percuma untuk ibu/bapa/penjaga yang mengiring. Fasiltator Lawatan Mengenal Seni kami akan membuat bacaan dan menyelenggara sesi-sesi ini.


Lukisan Mural bersama Antony Risi dan Cinzia

Bengkel lukisan mural selama tiga jam ini akan membawa para peserta ke dunia mural menerusi teknik unik artis ilustrasi Antony Risi. Karya ini akan dipamerkan dekat pintu masuk Kedai Cenderamata.

UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 6–12 TAHUN
14 Dis 2019 (Sab) 02:00ptg – 05:00ptg

Yuran: RM70 seorang (10 maksimum)

Buat boneka anda bersama Cinzia Ciaramicoli

Peserta akan melukis dan membuat boneka dibawah bimbingan dalang Cinzia Ciaramicoli dari Itali. Kanak-kanak akan memilih sejenis haiwan untuk diselamatkan daripada pemanasan global dan melukisnya di atas kertas. Dengan mengguna fabrik kitaran semula dan bahan hiasan kita akan membuat boneka seperti yang dilukis.

UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 6–12 TAHUN
22 Feb 2020 (Sab) 10:30pg – 01:00ptg

Yuran: RM70 seorang (10 maksimum)

Kem MANGA bersama Cinzia Ciaramicoli dan Saad

Ini adalah kem percutian untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, dengan aktiviti bercerita, membuat lukisan Manga, boneka, topeng dan teknik teater. Tema “Kembara Manga” akan digunakan untuk membawa peserta muda memasuki perjalanan meneroka lukisan komik dan ekspresi badan, dan watak-watak hidup daripada cerita kanak-kanak Manga.

UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 6–12 TAHUN
17 – 19 Mac 2020 10:30pg – 04:00ptg

Yuran: RM350 seorang (10 maksimum), termasuk bahan

Teater Jalanan bersama Cinzia Ciaramicoli

Bengkel 4 hari ini mengembalikan konsep persembahan di tempat awam di mana penonton menemuinya sebagai suatu yang tidak disangka dalam kehidupan harian mereka. Teater di jalan memberi kesempatan untuk bertemu dengan mereka yang tidak biasa dengan teater. Kita akan berkongsi teknik berjalan dengan kaki bajang, membuat dan bermain dengan boneka besar serta watak dan kehadiran teater.

UNTUK REMAJA BERUSIA 16 TAHUN KE ATAS
4 – 11 Apr 2020 02:00ptg – 06:00ptg

Yuran: RM450 seorang (10 maksimum), termasuk bahan


Bengkel Seni Sains Bersama Atom Dan Dot

Kami teruskan kerjasama dengan penyedia langganan kotak sains, Atom dan Dot, sebuah syarikat pemula tempatan.

Membuat Seni Moden Mengguna Besi Berani

Jom kita belajar tentang seni moden tempatan dan antarabangsa, dan buat lukisan moden dengan mengguna besi berani.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 5 HINGGA 5 TAHUN (MESTI DIIRINGI OLEH IBU BAPA)
03 Jan 2020 (Jum) 10:30pg – 11:30pg
02 Apr 2020 (Kha) 02:00ptg – 03:00ptg

Yuran: RM45 seorang, semua bahan disediakan

Simbol, Mitos dan Dongeng: Naga Menari (Khas Untuk Musim Perayaan)

Kenali simbol, mitos dan dongeng berkaitan Tahun Baru Cina, serta belajar tentang mesin mudah, kemudian membuat seekor naga menari berdasarkan pengetahuan ini.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 4 HINGGA 12 TAHUN (KANAK-KANAK DI BAWAH 9 TAHUN MESTI diiringi oleh IBU BAPA)
18 Jan 2020 (Sab) 02:00ptg – 03:00ptg
18 Jan 2020 (Sab) 04:00ptg – 05:00ptg

Yuran: RM50 seorang, semua bahan disediakan.

Biomimikri: Reka Bentuk dan Inovasi Berilhamkan Alam Semula Jadi

Kenali reka bentuk dan inovasi yang diilhami alam semula jadi, termasuk menghasilkan projek berdasarkan pengetahuan ini.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 4 HINGGA 12 TAHUN (KANAK-KANAK DI BAWAH 9 TAHUN MESTI diiringi oleh IBU BAPA)
03 Jan 2020 (Jum) 02:00ptg – 03:00ptg
25 Feb 2020 (Sel) 10:30pg – 11:30pg
25 Feb 2020 (Sel) 03:00ptg – 04:00ptg
08 Mac 2020 (Aha) 10:30pg – 11:30pg

Yuran: RM50 seorang, semua bahan disediakan

Berkarya Mengguna Lilin Penahan

Kenali artis-artis terkenal yang berkarya dengan teknik lilin penahan dan selok-belok sains di sebaliknya. Kemudian buat karya mengguna teknik ini untuk menghias dinding.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 4 HINGGA 12 TAHUN (KANAK-KANAK DI BAWAH 9 TAHUN MESTI diiringi oleh IBU BAPA)
27 Feb 2020 (Kha) 02:30ptg – 03:30ptg
27 Feb 2020 (Kha) 04:30ptg – 05:30pg
08 Mac 2020 (Aha) 02:00ptg – 03:00ptg
02 Apr 2020 (Kha) 10:30ptg – 11:30ptg

Yuran: RM50/seorang. Semua bahan disediakan


Khas: Bercerita + Sesi Seni Bersama Nor Azhar Ishak

Merentas Langit (Across the Sky)

Sesi bercerita dan melukis mengguna bahan campuran berilhamkan cakerawala. Penulis-pelukis ilustrasi-tukang cerita dan pemenang hadiah, Nor Azhar Ishak, akan berkongsi cerita daripada buku baharunya, Across the Sky (‘Merentas Langit’). Sesi ini diikuti dengan kegiatan melukis mengguna bahan campuran, dengan panduan.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 4 HINGGA 12 TAHUN (KANAK-KANAK DI BAWAH 9 TAHUN MESTI diiringi oleh IBU/BAPA)
04 Jan 2020 (Sab) 02:30ptg – 04:30ptg

Yuran: RM70 seorang

Di Bawah Laut (Under the Sea)

Sesi bercerita dan lukisan batik. Nor Azhar Ishak, penulis-pelukis ilustrasi-tukang cerita, akan berinteraksi dengan kanak-kanak ILHAM dengan bukunya Under the Sea (‘Di Bawah Laut’). Kanak-kanak akan berpeluang membuat dan membawa balik lukisan batik seekor makhluk laut. Sertai Nor Azhar dalam satu perjalanan ajaib bawah laut.

UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 4 HINGGA 12 TAHUN 
(KANAK-KANAK DI BAWAH 9 TAHUN MESTI diiringi oleh IBU/BAPA)
21 Mar 2020 (Sab) 10:30pg – 12:30ptg

Yuran: RM70 seorang


Projek Pengekodan Berinspirasi Seni Untuk Kanak-Kanak Usahasama Codejuniors

Projek pengekodan unik berinspirasi seni untuk kanak-kanak ini direka khas dengan kerjasama CodeJuniors. Melalui kursus inovatif yang termasuk robotik berprogram dan permainan dan aktiviti yang menggalak logik, kanak-kanak tidak hanya akan mempelajari seni, tetapi juga belajar berfikiran kritis dan kreatif, kemahiran menyelesai masalah dan bagaimana menjadi pelajar yang berdiri mampu.

Projek Pengekodan Perayaan Berinspirasi Krismas

(TIDAK PERLU DIIRINGI OLEH IBU/BAPA)
12 Dec 2019 (Kha)

BERUSIA 5 – 8 TAHUN 10:30pg – 12:00ptg
BERUSIA 8 – 11 TAHUN 01:30pg – 03:00ptg
BERUSIA 12 – 17 TAHUN 04:00pg – 05:00ptg

Yuran: RM70 seorang

Pengekodan & Robotik Berinspirasi Seni: Projek 1 (“Kerbau” Yee I-Lan)

Buatkan sebuah bentuk kerbau 3D dan gabungkannya dengan sebuah robot, kemudian programkannya untuk menyelesaikan cabaran jaringan lorong (‘maze’) yang bertaburan dengan kon trafik.

UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 8–11 TAHUN
16 Feb 2020 (Aha) 11:30pg – 01:00ptg
23 Feb 2020 (Aha) 02:00ptg – 03:30ptg

Yuran: RM80 seorang, ibu/bapa perlu menunggu di Kedai Cenderamata atau di kawasan galeri.

Pengekodan Berinspirasi Seni: Projek 2(“Kerbau” Yee I-Lan)

Buatkan kod untuk animasi cerita berdasarkan dongeng Aesop: “Tiga ekor lembu jantan dan seekor singa”(The Three Bullocks and a Lion), yang membawa mesej “Bersatu Kita Teguh”.

UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 5–8 TAHUN
16 Feb 2020 (Ahd) 02:00ptg – 03:00ptg
15 Mac 2020 (Ahd) 11:30ptg – 01:30ptg

Yuran: RM70 seorang, ibu/bapa perlu menunggu di Kedai Cenderamata atau di kawasan galeri.

Projek Pengekodan Berinspirasi Seni

Nyatakan kreativiti anda dengan membuat reka bentuk bilik tetamu anda dan mengisikannya dengan perabot, menggunakan kod untuk menghasikan simulasi dan 
kesan serana.

UNTUK KANAK-KANAK BERUSIA 8–11 TAHUN (TIDAK PERLU IRINGAN OLEH IBU/BAPA)
23 Feb 2020 (Aha) 11:30pg – 01:00ptg
15 Mac 2020 (Aha) 02:00ptg – 03:30ptg

Yuran: RM70 seorang

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM