Kuliah Umum ILHAM

PROGRAMOKT 2017-FEB 2018

KULIAH UMUM ILHAM

Pensyarah Tamu: Tapati Guha Thakurta

25 NOV 2017, 3:00PTG

Kuliah Umum ILHAM, satu siri syarahan oleh tokoh-tokoh sejarawan dan pengkaji seni terkemuka adalah sebahagian daripada matlamat jangka panjang ILHAM untuk meningkatkan lagi pemahaman mengenai seni moden dan kontemporari. Menerusi beberapa syarahan yang akan diadakan pada setiap tahun, siri ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendengar pembentangan oleh sarjana-sarjana penting di dalam bidang ini.

Siri syarahan ini dilangsungkan dengan usaha sama Jabatan Seni Visual, Pusat Budaya, Universiti Malaya, tempat di mana para pembicara jemputan akan turut mengendalikan seminar lepasan ijazah untuk pelajar-pelajar Universiti Malaya sepanjang mereka berada di Kuala Lumpur.

Penceramah jemputan ketiga kami ialah Tapati Guha Thakurta, Profesor Sejarah di Centre for Studies in Social Sciences, Calcutta. Beliau telah pun menerbitkan banyak penulisan mengenai sejarah seni dan budaya India Moden.

Masuk adalah percuma dan terbuka untuk umum. Tempat adalah terhad. Untuk pendaftaran sila email kepada info@ilhamgallery.com

 

 

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM