Latihan Amali

MENGENAI ILHAM


Latihan Amali

ILHAM menyediakan peluang- peluang untuk latihan amali bagi pelajar-pelajar kolej dan universiti. Di bawah bimbingan kakitangan galeri, pelatih-pelatih akan mempelajari tentang operasi galeri, di samping melaksanakan tugasan- tugasan biasa dari projek-projek khusus dan penyelidikan sampailah kepada kerja-kerja pentadbiran.

Untuk membuat permohonan, sila kirimkan ringkasan maklumat diri anda beserta surat iringan ke alamat info@ilhamgallery.com dengan menyatakan kemahiran-kemahiran yang anda miliki dan bagaimana anda berhasrat untuk memberi sumbangan kepada galeri ini.

JADILAH RAKAN ILHAM!

Kami sedang mencari individu- individu yang dinamik untuk menyertai program sukarelawan kami bagi membantu kami menerima dan melayan pengunjung-pengunjung. Sekiranya anda ingin memohon, sila hantarkan maklumat untuk menghubungi anda ke alamat info@ilhamgallery.com

Rakan-rakan kami akan menikmati potongan istimewa untuk kesemua penerbitan ILHAM.

 

 

 

 

 

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM