Lawatan ke ILHAM


ALAMAT KAMI:

LEVELS 3 & 5, ILHAM TOWER
NO 8, JALAN BINJAI
50450 KUALA LUMPUR

GOOGLE MAPS   WAZE


ARAH DAN LALUAN KE ILHAM:

Lokasi kami adalah berhadapan dengan Troika dan Intercontinental Hotel dan 5 minit bagi yang berjalan kaki dari PETRONAS Twin Towers dan SURIA KLCC.

Dengan LRT

Ambil laluan Kelana Jaya dan keluar di stesen Ampang Park iaitu 2 minit jika berjalan kaki ke ILHAM.

Dengan MRT

Ambil laluan Putrajaya dan keluar di Persiaran KLCC iaitu 3 minit jika berjalan kaki ke ILHAM.

Memandu

Kemudahan meletak kenderaan terdapat di dalam bangunan.  Caj parking RM5 sejam.

Bus Pelancong

Jika anda mengambil bas pelancong KL Hop-On Hop-Off (www.myhoponhopoff.com), sila turun di perhentian no.22 iaitu 5 minit dari ILHAM.

Tips untuk Ibu Bapa & Guru

MAKLUMAT UNTUK PELAWAT


Ilham Gallery & Gift Shop  buka kepada awam. Walau bagaimanapun, kami mengambil langkah-langkah untuk memastikan keselamatan semua pelawat dan kakitangan. Ini termasuk:

  • Hanya pengunjung lengkap vaksin dan berisiko rendah dibenarkan masuk ke dalam galer
  • Penjarakan sosial digalakkan di seluruh galeri

 Tolong bantu kami menjaga persekitaran yang selamat untuk kita semua.

LAWATAN BERPANDU


Kami menawarkan lawatan berpandu secara interaktif kepada kanak-kanak mengenai pameran yang sedang berlangsung. Lawatan yang direka untuk mendekatkan pelajar-pelajar dengan kebolehan memerhati dan membangunkan pemikiran kritis. Untuk tempahan lawatan , sila email kepada info@ilhamgallery.com untuk temujanji. Kami mengambil masa 7 -10 untuk tempahan lawatan berpandu.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM