Acara Istimewa

PROGRAM / ACARA ISTIMEWA

SYARAHAN AWAM ILHAM
Pensyarah Tamu: T.K. Sabapathy

TARIKH: 18 MAC 2017
MASA: 3:00 PTG

Sebagai usaha ILHAM mempromosikan kefahaman seni moden dan kontemporari, kami mempersembahkan siri ILHAM Public Lecture, dengan usahasama Jabatan Seni Visual, Pusat Budaya, Universiti Malaya, menampilkan barisan sejarahwan, cendekiawan dan penyelidik seni yang termuka di dalam bidang ini. Beberapa siri syarahan telah disenaraikan selama setahun dalam memberi peluang kepada khalayak mendengar sendiri dari cendekiawan terkemuka bidang seni. Masuk adalah percuma dan terbuka untuk umum. Sejarahwan, kurator dan pengkritik seni terkemuka T.K. Sabapathy akan membuka tirai program ini dengan syarahan beliau yang tertumpu kepada Michael Sullivan dan sejarah awal ajaran dan penulisan sejarah seni, dan juga penubuhan muzium seni di Universiti Malaya pada tahun 1950an dan 1960an.

 

     

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM