PROGRAMOGOS-DIS 2018

KULIAH UMUM ILHAM: 

GOENAWAN MOHAMAD

29 SEP 2018, 3:00PTG

GOENAWAN MOHAMAD

Syarahan Awam ILHAM, iaitu sebuah siri syarahan oleh para sejarawan dan pengkaji seni terkenal, merupakan satu rancangan jangka masa panjang ILHAM bagi meningkatkan pemahaman mengenai seni moden dan kontemporari. Menerusi beberapa sesi pembentangan yang diadakan pada setiap tahun, acara ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendengar perbahasan dan perbincangan dari para cendekiawan terkemuka di dalam bidang masing-masing.
   
Siri syarahan ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Seni Visual, Pusat Budaya, Universiti Malaya, tempat di mana pembicara-pembicara jemputan akan mengendalikan seminar untuk para pelajar pasca-graduan Universiti Malaya semasa mereka berada di Kuala Lumpur.

Tokoh kelima yang kami tampilkan kali ini ialah penyajak, penulis esei, dramatis dan intelektual awam terkenal Goenawan Mohamad, pengasas dan mantan ketua editor majalah Tempo di Indonesia.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM