Program

PROGRAM / SIRI BUKU DAN FILEM

Siri Buku & Filem bersama Amir Muhammad

Fixi Retro dan Ilham Gallery mempersembahkan pelancaran buku PEREMPUAN GUSTI SAMSENG RUMAH KOSONG.

Sinopsis buku:
Tiga cerita oleh penulis prolifik (bahan cetak dan filem) Hamzah Hussin (1927-2007) — yang juga dikenali hanya sebagai Hamzah.
PEREMPUAN GUSTI (1951-2) cerpen bersiri tentang Fatimah, yang tidak mahu dikongkong stereotaip gender! Dia beritahu tunangnya: “Abang hairan melihat saya pandai bercium?”
Novela SAMSENG (1965) menampilkan Ma’mor — kaki pukul, kaki botol, tali barut — antara anti-hero paling ganas dalam dunia persuratan Melayu: “Dia bergaduh lantaran dia mahu bergaduh.”
Novela RUMAH KOSONG (1965) ngeri dan unik sebab dipengaruhi sastera eksistensial Eropah: “lantas ditiupnya cahaya lampu yang hendak memberi bakti itu.”

Amir Muhammad, pembikin filem, penulis & penerbit buku independen Fixi, membawa kita menelusuri karya-karya filem & novel Melayu yang dihasilkan sekitar 1960-an untuk memperlihatkan kepada kita gambaran tentang negara ini yang jauh berbeza daripada situasi Malaysia di zaman kita sekarang.

Buku setebal 240 mukasurat dan berharga RM20.

Semua dijemput hadir.

TARIKH: SABTU, 21 NOVEMBER, 5.00 PTG

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM