Program

PROGRAM / MUZIK DAN PERSEMBAHAN

Menggambar Negara

Atas permintaan syarikat Shell untuk menghasilkan satu siri lakaran dan lukisan bagi memperingati peristiwa pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Hoessein Enas telah menghasilkan “Malaysians”, satu siri karya cukup ikonik yang memaparkan elemen-elemen yang mewakili keseluruhan masyarakat di Malaysia dan turut sama menampilkan imej- imej persembahan budaya dari semua komuniti etnik utama di negara ini.

Sebagai tanda sanjungan kepada siri karya yang amat-amat inklusif ini, ILHAM berbesar hati menghidangkan persembahan tradisional Malaysia yang berlainan yang dibawa khas oleh PUSAKA.


Persembahan Mayin Jo-oh oleh Masyarakat Mah Meri dari Pulau Carey

Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia Barat dan terkenal dengan kerja-kerja ukiran kayu dan topeng serta kekayaan lagu dan tarian mereka. Salah sebuah tarian masyarakat Mah Meri yang paling terkenal ialah tarian topeng yang dipanggil Mayin Jo-oh – sebuah tarian tradisional yang dipersembahkan dengan tujuan menyeru roh-roh nenek-moyang untuk turut sama terlibat di dalam temasya.

TARIKH: SABTU, 26 SEPTEMBER, 3.00 PTG


Lagu-lagu Padri Se Chang dari Komuniti Portugis Melaka

Persembahan muzik dan tarian oleh komuniti Portugis-Serani dari Melaka ini selalunya menyeronokkan dan rancak, dengan iringan alat-alat muzik seperti gitar dan tamborin, akordion, tambour atau rebana Melayu. Di Melaka, sesetengah lagu komuniti Portugis-Serani dinyanyikan dalam bahasa Portugis lama yang diturunkan secara lisan oleh penyanyi- penyanyi yang handal. Sesetengah lagu yang lain pula dinyanyikan dalam loghat Kristang, juga dikenali sebagai Papia Kristang – sejenis loghat kreol tempatan yang berasal daripada bahasa Portugis lama dan telah bercampur-aduk dengan perkataan- perkataan serta struktur nahu bahasa Melayu.

TARIKH: SABTU, 12 DISEMBER, 5.00 PTG

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM