SIMPOSIUM TEKSTIL:

‘Trade, Ties & Transformations’

PROGRAM / SIMPOSIUM TEKSTIL

‘Trade, Ties & Transformations’

Berlangsung bersempena dengan pemeran tinjauan Galeri ILHAM yang bertajuk Love Me in My Batik: Modern Batik Art from Malaysia and Beyond. Simposium 'Trade, Ties, and Transformations: Stories on Textitles and Modernity' yang akan berlangsung selama satu hari ini akan mendalami kesan terhadap nilai dan makna terhadap tradisi kraf sesuatu bangsa disamping pengaruh perubahan teknologi, sosial dan budaya yang berlaku.

Dalam memperluaskan lagi skop pameran, beberapa panel jemputan akan bersama-sama meneliti bagaimana makna, pola pengedaran dan bentuk artistik di dalam pembuatan batik dan tradisi tekstil Asia Tenggara yang lain mengalami transformasi sejak akhir abad ke sembilan belas.

Bagaimanakah cara tekstil digayakan sebagai propaganda budaya kebangsaan? Apakah yang dikatakan batik yang melangkaui sempadan dan seterusnya menjadi inspirasi artistik kepada budaya-budaya yang lain? Bagaimana pereka tekstil mengimbangi antara pemikiran kini dan memelihara warisan pengetahuan tradisi yang berasal dari tempat wujudnya tekstil ini?

Pakar-pakar tekstil dari India, Thailand, Australia dan Malaysia yang datang dari pelbagai latar belakang dari sejarah seni sehingga ke warisan dan antropologi, akan bertemu di Kuala Lumpur untuk membincangkan hubungan sejarah, budaya dan kesan kerohanian dari tekstil melalui konteks serumpun dan luar.

ACARA INI PERCUMA. Sila daftar kedatangan anda di info@ilhamgallery.com


ATURCARA

10.30 Pendaftaran

10.45 Ucapan Pembukaan Majlis (oleh Rahel Joseph dan Simon Soon)

11.00 Tagore dan Batik

Supriya Roy, sarjana Tagore dari Kolkata, India akan menceritakan kisah Rabindranath Tagore dan batik Jawa, dan penularan industri batik moden di India. Semasa lawatan Rabindranath Tagore ke Jawa dan Bali pada 1927, beliau mendapati bahawa budaya Hindu yang diketahui berasal dari budaya peradaban purba India. Pada masa yang sama, Tagore dan pengikutnya ditawarkan dengan lambakan kain batik, yang kini menjadi sebahagian daripada koleksi Muzium Nandan. Dari sini, maka ianya telah menjadi inspirasi kepada seni batik di Santiketan, yang seterusnya menjadi pusat pengembangan batik moden sehingga ke seluruh India.

12.00 Terjemahan dan Trans-lokasi: Batik Jawa di Eropah dan Afrika

Maria Wronska-Friend (Ketua Pengkaji, Universiti James Cook, Queensland, Australia) akan membentangkan kisah bagaimana batik Jawa semenjak akhir abad ke-19 menjadi sumber inspirasi yang penting kepada artis, pereka dan pengeluar tekstil di luar Indonesia, terutama di Eropah dan Afrika. Khususnya, teknik dan estetika batik meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pergerakan seni Art Nouveau dan Art Deco di Belanda. Kajian beliau cuba mendalami bagaimana tradisi kraf kekal hidup merentasi dua benua, seterusnya menjadi inspirasi kepada penghasilan karya-karya artis moden yang tidak pernah mengamalkan batik, seperti Henri Matisse, Charles Rennie Mackintosh, dan Henry van de Velde.

13.00 Rehat Makan Tengahari

14.30 Memperagakan Negara: Fesyen, Agensi Budaya Wanita dan budaya Thai di Muzium Tekstil Permaisuri Sirikit

Eksuda Singhalampong (Pensyarah, Jabatan Sejarah Seni, Universiti Silpakorn, Bangkok, Thailand) akan membincangkan sumbangan Permaisuri Sirikit dalam pembangunan budaya Thai melalui hasil ciptaan pakaian kebangsaan untuk wanita. Sebahagian ini adalah satu pencapaian yang telah berjaya mengembalikan imej Diraja dan kuasa di dalam kesedaran awam berikutan revolusi 1932 yang menamatkan kuasa mutlak monarki. Sehubungan itu, projek budaya Permaisuri Sirikit dianggap sebagai cara membentuk kesinambungan sejarah yang berkesesuaian. Projek ini seterusnya diraikan sebagai memperingati paradigma dinasti monarki Thai melalui penaungan budaya dan mengembalikan peranan keluarga Diraja di dalam wacana politik pasca-perang Thai.

15.30 Kisah Pua Kumbu: Satu Imbasan

Welyne Jefferey Jehom (Ketua Pensyarah, Kajian Gender, Universiti Malaya) menceritakan kembali pameran yang dikurasikan oleh beliau pada tahun lepas bertajuk ‘Textile Tales of Pua Kumbu’ di Galeri Seni Universiti Malaya. Dengan bantuan alatan tayangan pancaran video, pengkalan data pemetaan online dan layar sentuhan interaktif, pameran ini mengembalikan amalan lipur-lara dengan mempersembahkan kisah Pua Kumbu, tradisi tekstil masyarakat Iban yang berasaskan ikat. Pengunjung dari segenap lapisan umur merasai pengalaman ekosistem penghasilan Pua Kumbu, di samping mengikuti setiap langkah-langkah pembuatan dari penyedian benang tenunan sehingga ke pemilihan pewarna asli, aktiviti menenun dan tayangan animasi kisah rakyat di sebalik rekaan dan motif Pua Kumbu. Jehom juga akan membentangkan kaitan motif-motif Pua Kumbu dan mimpi yang menjadi pengetahuan yang penting di dalam masyarakat Iban.

16.30 Rehat Jamuan Teh

16.45 Panel Perbincangan

17.45 Sesi ini akan disusuli dengan persembahan site-specific, sebuah tarian kontemporari yang direka oleh pereka tari Joseph Gonzales sambal diiringi bersama oleh penari-penari dari Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) sebagai respon terhadap arca awam ILHAM yang bertajuk Breast Stupa Topiary hasil karya artis Thailand, Pinaree Sanpitak.

TARIKH: 14 MAY 2016
MASA: 10.00PG – 7.30PTG
TEMPAT: ARAS 5 GALERI

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM