PROGRAMOGOS-DIS 2018

BICARA ILHAM: 

DEEPER THAN INDIGO – Jenny Balfour-Paul

8 SEP 2018, 11:00PG

DEEPER THAN INDIGO

Jenny Balfour-Paul, penulis, artis, kurator, pensyarah antarabangsa dan pengembara adalah pakar indigo dunia. Beliau merupakan Felo Kehormat Kajian di Universiti Exeter, Pemegang Amanah Royal Geographical Society, Felo Royal Asiatic Society dan Explorers Club, dan Presiden Association of Guilds of Weavers, Spinners and Dyers, konsultan untuk pameran-pameran indigo, program pendidikan, filem dokumentari dan turut giat mempromosi usaha untuk menghidupkan semula penggunaan pewarna asli di seluruh dunia.

Di dalam bicara khas ini beliau akan membincangkan buku beliau Deeper than Indigo (2015), sebuah teks yang menggabungkan biografi, memoir dan pentafsiran semula pengembaraan tokoh penanam indigo dan penjelajah di abad ke-19, Thomas Machell, di mana jurnalnya dijumpai beliau di British Library. Menjejaki kembara Machell membawa beliau ke China dan bekas tapak penanaman indigo dan kopi di India dan Bangladesh. Beliau juga menuruti langkah Machell dengan menaiki kapal kargo tempatan ke kepulauan Polynesia yang terasing dan menaiki kapal angkut ke India melalui Laut Merah dan persisiran pantai Arab, dimana beliau diserang lanun dikedua-dua tempat ini.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM