PROGRAMOGOS-DIS 2018

BICARA ILHAM: 

SENI BINA KEAGAMAAN DAN CIRI-CIRI BUDAYA MELAYU BUDDHA DI SEPANJANG SELAT MELAKA DAN PENERAPANNYA KE ATAS MASJID DAN SENI PENGEBUMIAN ISLAM

Imran bin Tajudeen Pensyarah Kanan, Jabatan Seni Bina, Universiti Kebangsaan Singapura

8 SEP 2018, 3:00PTG

candi

Stupa (Candi Mahligai) di kompleks kuil Muara Takus, hulu Sungai Kampar Kanan, wilayah Riau, Sumatra, Indonesia, sekitar 1889 Koleksi Tropenmuseum, No. 10016129

Dari kira-kira abad ke-5 hingga abad ke-13, beberapa siri bangunan Buddha, yang runtuhannya masih ada sampai ke hari ini, telah dibina di pelbagai tempat di Sumatera dan Semenanjung Malaysia sehingga ke Segenting Kra. Kerajaan-kerajaan Melayu yang penting di sepanjang Selat Melaka pernah menghasilkan tulisan-tulisan atau inskripsi dalam bahasa Melayu Lama dan juga Sanskrit. Sesetengah tulisan itu membuktikan kewujudan kepercayaan agama Buddha. Dengan membuat perbandingan ke atas motif-motif dan bentuk-bentuk serta istilah seni bina di pelbagai tempat yang menggunakan bahasa Melayu di sepanjang Selat Melaka dan kawasan-kawasan sekitarnya, pembentangan oleh Imran Tajudeen ini membincangkan sama ada boleh atau tidak diperkatakan tentang seni bina dan budaya Buddha yang mempunyai ciri-ciri Melayu. Pembentangan ini juga menjejaki kesan dan pengaruh ciri-ciri ini di era kedatangan Islam, khususnya dalam pembinaan masjid dan seni pengebumian.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM