Kuliah Umum ILHAM

PROGRAMMESMARCH-JULY 2018

KULIAH UMUM ILHAM

John Clark

19 MEI 2018, 3:00PTG

Sebagai rancangan jangka masa panjang ILHAM dalam mempromosikan kefahaman seni moden dan kontemporari, kami mempersembahkan Kuliah Umum ILHAM, sebuah siri kuliah bersama sejarahwan dan pengkaji seni yang terkemuka. Siri kuliah tahunan ini akan memberi peluang kepada khalayak untuk mendengar sendiri bicara dari cendekiawan terkemuka di dalam bidang ini.

Kuliah ini ialah hasil kerjasama bersama Jabatan Seni Visual, Pusat Budaya, Universiti Malaya di mana pembicara jemputan akan mengendalikan seminar buat pelajar-pelajar pasca-graduan di Universiti Malaya selama mereka di Kuala Lumpur.

Siri keempat program ini akan disampaikan oleh John Clark, Professor Emeritus Sejarah Seni dari University Sydney, tempat khidmat beliau selama 20 tahun. Buku beliau Asian Modernities: Chinese and Thai Art of the 1980s and 1990s (Power Publications, 2010) telah memenangi Best Art Book Prize of the Art Association of Australia and New Zealand pada tahun 2011. Buku terbaru beliau Modernities of Japanese Art (2013) dan Contemporary Asian Art at Biennials diterbitkan pada penghujung 2017 oleh National University of Singapore Press. Kini beliau sedang menghasilkan dua jilid buku kajian bertajuk The Asian Modern, 1850s–1990s, yang dijangka akan diterbitkan oleh National Singapore Gallery pada tahun 2019.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM