PROGRAMFEB-JUN 2019

Kuliah Umum ILHAM

Marian Pastor Roces

Kuliah Umum ILHAM, sebuah siri syarahan dari para sejarawan dan pengkaji seni terkemuka, merupakan satu program jangka masa panjang ILHAM bagi meningkatkan pemahaman mengenai seni moden dan kontemporari. Menerusi beberapa sesi pembentangan yang diadakan pada setiap tahun, acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendengar perbahasan dan perbincangan dari para cendekiawan terkemuka di dalam bidang masing-masing.
   
Siri kuliah ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Seni Visual, Pusat Budaya, Universiti Malaya, tempat di mana pembicara-pembicara jemputan akan mengendalikan seminar untuk para pelajar pasca-graduan Universiti Malaya selama mana mereka berada di Kuala Lumpur.

Marian Pastor Roces akan menjadi pembicara istimewa siri keenam kuliah awam kami.

30 Mac 2019, 3:00PTG

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM