Musik di ILHAM

PROGRAMFEB-JUN 2019

MUSIK DI ILHAM

MUSIM CINTA KLANG VALLEY HARMONY CHOIR

Bersempena Hari Valentine dan Chap Goh Mei, kami menampilkan seleksi lagu-lagu cinta yang akan dipersembahkan oleh Klang Valley Harmony Choir. Sertai bersama menikmati petang penuh irama dan romantis. Sesuai untuk yang berpasangan dan juga yang bersendiri..

23 FEB 2019, 5:00PTG


OPERA DI SUATU PETANG

Sertai bersama menikmati persembahan opera oleh soprano Khairunnisa Diyana Md Noor yang akan membawakan lagu-lagu pilihan sepanjang perjalanan muzikal dari zaman Baroque ke zaman Romantik dan juga akan mempersembahkan arias pilihan dari Handel dan Mozart.

Soprano Khairunnisa Diyana Md Noor memperoleh Sarjana Pengajian Muzik dari Conservatorium of Music, University of Tasmania, Australia pada tahun 2010 dan Sarjana Muda Persembahan Muzik dari UiTM pada 2007. Ketika di Australia, beliau menerima Jessie Wakefield-Luckman Prize bahagian suara dan finalis untuk pelbagai acara pertandingan yang lain. Beliau kerap membuat persembahan bersama VerSeS dan penyokong kuat muzik klasik indie dan program-program jangkauan lain seperti The Singing Balcony.

6 APR 2019, 3:00PTG

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM