PROGRAM / DISEMBER-APRIL 2020

SIMPOSIUM ILHAM × SAM

Main Rupa dan Tubuhnya: Bodily Forms of Play Contemporary Visualities in Malaysia | Budaya Visual Semasa Malaysia

22 Feb 2020, 10:30PG – 6:30PTG
23 Feb 2020, 10:30PG – 5:00PTG

Main Rupa dan Tubuhnya: Bodily Forms of Play: Contemporary Visualities in Malaysia | Budaya Visual Semasa Malaysia adalah suatu jemputan untuk memikir tentang penerokaan bentuk dan rupa visual, dan rupa bentuk politik badan yang terjalin. Dengan memikirkan tentang seni dan budaya visual dan perhubungan main-mainannya dengan politik, kosmologi, kehidupan komuniti, keadilan sosial, dan sejarah idea, simposium dua hari ini menyoal – bagaimana seni dan budaya visual membentuk dan membina semula beberapa mitos dan nilai kolektif kita yang bersaingan di negeri ini? Apakah politik-politik badan yang memberi bentuk kepada ketampakan budaya kita yang beranika ragam kini. 

Walaupun perkataan ‘main’ dalam penggunaan bahasa Melayu kita kini pada dasarnya bermaksud perbuatan bermain dengan tujuan bersenang-senang atau hiburan, perkataan ini juga lazim digunakan dalam sejarah untuk merujuk kepada kesenian dalam upacara adat istiadat dan teater Melayu tradisional, serta kuasa dan kebolehan tok dukun/dalang memainkan peranan untuk mendapat ilmu dan pemahaman luar biasa tentang keadaan manusia. Dalam konteks ini, ‘main’ bukan hanya berkaitan penyembuhan pesakit tetapi juga dengan persembahan teater kosmik yang mengembalikan kestabilan kepada masyarakat pesakit berkenaan. Perkataan Sanskrit ‘rupa’ pula merujuk kepada sifat luar dan keadaan benda dan jirim dalam dunia ini. Dalam konteks simposium ini, sifat ‘main rupa’ ditemui pada bidang penglihatan dan strategi bermain dengan penampakan yang menjadi saluran sosial untuk memupuk fahaman mendalam. 

Dalam panel perbincangan, ahli-ahli akan menyentuh isu-isu dan menerangkan projek-projek yang berkaitan badan-badab ilmu dalam sejarah seni dan kajian visual di Malaysia: saingan di antara konfigurasi tempatan dan ubahsuaian penghijrah; salasilah sejarah-mikro individu dalam badan budaya yang lebih luas; talian bersilangan di antara naik-turunnya nasib dan tindak-tandus pengkaryaan seni semasa. Menerusi pembentangan dan dialog di kalangan para ahli panel yang berbagai bau, simposium ini bertujuan menjana wacana yang kritikal, bermakna dan senang-senang mengenai nahu benda-benda yang kita sifat sebagai ‘sezaman’, berserta susur-galurnya.

Masuk percuma, mengikut turutan kehadiran.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM