Pengurusan Galeri

PENGURUSAN GALERI

Rahel Joseph
Pengarah

Rahel mempunyai 25 tahun pengalaman dalam bidang seni dan budaya. Beliau pernah berkhidmat bekerja di Galeri Petronas di  mana beliau bertanggungjawab mengurus pameran-pameran serta program-program awamnya, selain pernah memegang jawatan Pengarah Perhubungan Kebudayaan di Suruhanjaya Tinggi Australia selama tujuh tahun.Beliau telah mengkurasikan pelbagai pameran di ILHAM, terkini pameran Chia Yu Chian, Private Lives (2019) dan Kok Yew Puah: Portrait of a Malaysian Artist (2021). Beliau telah banyak menulis sama ada untuk cetakan dan media dan juga editor bersama Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 3: Infrastruktur. Minat beliau cenderung terhadap program awam dan pendidikan seni dan telah mengarang pelbagai buku termasuk Malaysian Art Book for Children (Khazanah Nasional Berhad, 2010) dan Awesome Art Malaysia (Galeri Nasional Singapura, 2019)

Azzad Diah 
Penolong Kurator

Azzad graduan lepasan Universiti Teknologi MARA dengan pengkhususan catan. Minat beliau termasuk filem, animasi dan falsafah. Beliau salah seorang dari pasukan kuratorial untuk Bakat Muda Sezaman 2019, Balai Seni Negara dan menyertai program residensi di Korea Selatan di bawah tajaan Asia Art Center, Gwangju pada tahun 2018.

Chi Too
Pengurus Projek

Chi Too adalah artis multidisiplin belajar sendiri dan pekerja seni yang berlatar pendidikan dalam komunikasi massa dan kejuruteraan bunyi. Praktik seni beliau berada di antara pemikiran tinggi dan remeh, sosial dan peribadi, nyata dan esoterik.

Khat Mirzan
Eksekutif Galeri   

Khat menerima ijazah sarjana dalam Sejarah Seni dan Psikologi dari Dartmouth College, Amerika Syarikat. Kerja-kerjanya di galeri khusus kepada penghasilan kandungan digital, program jangkauan dan pendidikan seni. Minat beliau cenderung kepada esoterik, pasca-ironi, estetika kitsch dan Bulan.

Eeling Wong
Pengurus Kedai Cenderamata

Eeling mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang peruncitan dan sektor perkhidmatan dan juga industri buku lebih dari sedekad. Beliau juga seorang artis mandala.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM