PAMERAN OGOS-JAN 2016

Menggambar Negara

PAMERAN


Menggambar Negara

Megenai Pameran ini

Pameran sulung anjuran ILHAM bertajuk menggambar Negara memaparkan karya-karya dari koleksi peribadi Dato’ Hoessein Enas, salah seorang tokoh pelukis perintis Malaysia yang berperanan mencorak genre lukisan potret di negara ini di tahun-tahun awal selepas kemerdekaan, dan di mana praktis keseniannya berkait rapat dengan kelahiran negara Malaysia dan diletakkan dalam konteks harapan serta impian sebuah negara pelbagai kaum yang baharu ini. Turut ditampilkan di dalam pameran ini adalah empat orang artis kontemporari Malaysia – Ahmad Zakii Anwar, Dain Iskandar Said, Vincent Leong & Yee I-Lann – dengan karya-karya mereka, yang menyorot apakah maknanya “menggambar negara”, menjana dialog dan interaksi dengan legasi sejarah peninggalan Hoessein Enas yang telah membentuk sebuah trajektori penting bagi seni kontemporari Malaysia.

Menggambar Negara merupakan satu usaha untuk menyelami semangat negara sebagai satu badan kolektif. Justeru, pembuatan gambar adalah satu cara untuk merakam sejarah dan menampilkan keadaan-keadaan semasa. Lantaran itu, dengan melaksanakan fungsi- fungsi ini, ia juga merupakan medium teknologi masa kini.

TARIKH: 22 OGOS 2015 - 17 JANUARI 2016

PROGRAM PAMERAN

FOTO-FOTO GALERI

PENERBITAN BERKAITAN


PANDUAN GALERI 2017-2018


SHARE ILHAM


Share pengalaman anda di ILHAM dengan hashtag #ilhamkl #ilhamgrup

Facebook twitter

ARAS 5


Dato’ Hoessein Enas: Dari Koleksi Peribadinya

Segmen ini menampilkan sejumlah karya dari koleksi peribadi pelukis Dato’ Hoessein Enas, salah seorang tokoh pelukis perintis Malaysia yang berperanan mencorak genre lukisan potret di negara ini di tahun-tahun awal selepas kemerdekaan, dan di mana praktis keseniannya berkait rapat dengan kelahiran negara Malaysia dan diletakkan dalam konteks harapan serta impian sebuah negara pelbagai kaum yang baharu ini.

INFO ARAS 5

ARAS 3


Ahmad Zakii Anwar, Dain Iskandar Said, Vincent Leong & Yee I-Lann

Di dalam bahagian ini, karya-karya oleh empat artis kontemporari Malaysia – Ahmad Zakii Anwar, Dain Iskandar Said, Vincent Leong & Yee I-Lann – berdialog dengan idea-idea figurasi yang telah diperkenalkan oleh Dato’ Hoessein Enas sewaktu menjelangnya kemerdekaan Malaya pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963.

INFO ARAS 3

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM