Tips untuk Ibu bapa & Guru

BELAJAR


Tips untuk ibu bapa dan guru melawat galeri dengan pelawat muda

Biarkan anak-anak mengambil masa untuk benar-benar meneliti karya seni dalam galeri.

Tanyakan soalan-soalan yang terbuka iaitu yang tiada jawapan hanya ya atau tidak. Sebagai contoh: "Apa yang anda fikir rakyat dalam lukisan ini lakukan?" "Berapa banyak objek yang anda boleh kira dalam lukisan ini?"

Perkara yang menarik mengenai penghayatan seni adalah tiadanya jawapan yang betul atau salah. Terdapat banyak tafsiran yang berbeza untuk karya seni dan terpulang kepada individu untuk mencari dan mengetahui maksud atau mesej yang ingin dikemukakan oleh artis tersebut. Seni adalah satu cara yang baik untuk menggalakkan kanak-kanak benar-benar meneroka imaginasi dan kreativiti mereka!

Elakkan daripada memberi mereka terlalu banyak maklumat tentang karya seni secara terus. Biarkan mereka mengambil masa dan meluahkan secara sendiri apa yang mereka terlihat dalam karya seni tersebut.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM