PROGRAM CUTI SEKOLAH:

Bercerita di dalam Galeri

PROGRAM / ILHAM Kids

Seni bercerita interaktif bersama Shanthini Venugopal dari 'The Jumping Jellybeans!'

Ayuh mendengar cerita tentang 'Enormous Turnip, why Jellybeans are colourful and how Elephants lost their wings!' Sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak dan ibubapa. RM 10 seorang; untuk tempahan sila hubungi info@ilhamgallery.com

TARIKH: SABTU, 28 NOVEMBER, 3PM

LATAR BELAKANG FASILITATOR:

Shanthini Venugopal telah berkecimpung di dalam industri teater selama 30 tahun. Beliau adalah seorang penyanyi, aktor, pengarah dan guru. Beliau turut bekerja sambilan sebagai seorang penerbit, pengurus pentas, prop dan diantara orang utama dalam beberapa syarikat teater di Malaysia semenjak tahun 1981 lagi. Beliau telah menyertai latihan dan kursus teater di Odin Theatret di Denmark pada tahun 2001 dan 2015 juga kursus pengarahan pada Oktober 2012.

Beliau adalah penaung untuk The Jumping Jellybeans(JJB). Ianya telah di bentuk pada 2 tahun 2000 yang mana adalah khas untuk kanak-kanak. JJB telah membuat persembahan secara  meluas di Malaysia, England, Denmark, Australia, dan juga telah menyertai Festival Teater Kanak-kanak Antarabangsa di Iran, Singapra, India dan juga German. Suara beliau juga turut didengari di radio dan iklan tv sebagai suara dan lagu latar. Beliau pernah berlakon untuk filem Hollywood ‘Anna and the King’ bersama Jodie Foster dan Chow Yuen Fatt pada tahun 1999.

Beliau turut berkongsi pengalaman latihan teater dengan cara telah mendidik orang yang berkurang nasib baik semenjak tahun 2001 lagi. Sumbangan JJB sebagai komuniti teater yang banyak melibatkan diri dengan pelajar kurang upaya pernah di iktirafkan dan pernah mendapat anugerah ‘Cameronian Awards’ untuk ‘Projek Komuniti Seni terbaik’ pada tahun 2005 yang telah di biayai oleh ‘The British Council Malaysia’. Dari anugerah yang telah di terima, JJB telah berpeluang melawat United Kingdom selama 10 hari sambil berkerjasama dengan kumpulan teater yang melakukan kerja yang seperti mereka iaitu membantu orang kelainan upaya kanak-kanak mahupun orang dewasa. Ini juga adalah satu peluang terbaik untuk pertukaran budaya dan JJB telah membawa pulang information yang bermanafaat dan latihan teknik yang boleh di gunakan bersama. Aktiviti JJB bersama kanak-kanak istimewa adalah dibiayai dan di sokong oleh Nestle Malaysia sejak tahun 2003 hingga hari ini.

Beliau juga menjalankan latihan tetater dan seminar untuk orang dewasa secara sambilan.
Beliau turut menjadi aktor sambilan bagi beberapa syarikat teater. Diantara persembahan terkini beliau adalah ‘Chow Kit Road! Chow Kit Road, the Musical’ yang telah di persembahkan pada May 2013 di Istana Budaya oleh Masakini Productions.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM