PAMERAN / AFTERWORK

AFTERWORK

Mengenai Pameran

Afterwork adalah sebuah pameran kelompok terutama yang meneroka isu-isu kelas, buruh dan migrasi di dalam dan luar rantau, termasuk nilai estetika dan sejarah yang sepadan. Pameran ini dipersembahkan dengan usahasama bersama Para Site, sebuah pusat seni kontemporari terulung di Hong Kong dan salah satu institusi seni independen yang terawal dan paling aktif di rantau Asia. Afterwork pertama kali dipamerkan pada bulan Mac 2016 di Para Site, Hong Kong yang dikurasikan oleh Freya Chou, Cosmin Costinas, Inti Guerrero dan Qinyi Lim.

Pekerja domestik adalah minoriti terbesar di Hong Kong dan paling jelas di dalam komponen masyarakat bandar. Pekerja migran yang mengisi industri pembinaan, pertanian, dan perkhidmatan, bersama-sama pekerja domestik mewakili sebahagian dari kumpulan sosial di Malaysia dan beberapa negara lain di rantau ini. Di kebanyakan tempat, status sah dan simbolik pekerja migran sentiasa di dalam perundingan, membayangi pelbagai kerumitan di sebalik pembangunan negara yang berterusan. Kisah pekerja migran di Hong Kong, Malaysia dan di tempat-tempat lain sangat penting dipaparkan sebagai naratif di samping kisah-kisah pembangunan dan kemewahan masyarakat-masyarakat ini pada dekad yang lalu, bersama kisah-kisah perjuangan kelas pekerja ‘tempatan’, dan mereka yang dianggap ketakberuntungan di dalam sejarah, dan lain-lain sejarah berkenaan dengan gelombang migrasi yang membentuk dunia hari ini.

Afterwork menampilkan karya-karya artis yang datang dari latar belakang praktik, konteks, dan generasi yang berbeza. Sebahagian artis mengemudi secara langsung tema utama pameran ini, manalaka sebahagian yang lainnya pula mengambil pendekatan yang lebih peribadi, dengan mengangkat implikasi kehadiran pekerja domestik di ruang kediaman, ruang awam, dan kehidupan artis; yang lain pula membentuk lanskap puitis yang membawa kelainan dan perbendaharaan kata yang perlu dalam mengutarakan topik dan perspektif yang meluas dan kadang-kala bertentangan, dari sudut-sudut keinginan peribadi dan harapan sehingga kepada proses sejarah.

Tambahan kepada pameran ini, Para Site menerbitkan Afterwork Readings/Babasahin Matapos ang Trabaho/Bacaan Selepas Kerja/工餘, sebuah antologi sastera migran dan pekerja domestik dengan kolaborasi bersama KUNCI Cultural Studies Centre di Jogjakarta, Indonesia. Naskah yang dihasilkan dan ditujukan kepada pekerja migran ini mengandungi cerpen, puisi, dan petikan dari novel dan drama, ditulis oleh tokoh-tokoh sastera klasik serantau, penulis kontemporari yang mapan, dan juga hasil penulisan pekerja-pekerja domestik. Diterjemahkan kepada empat bahasa (Bahasa Indonesia, Cina, Inggeris, dan Tagalog), dengan harapan untuk membuka ruang pertemuan dan pertukaran melalui sastera di antara komuniti pekerja migran yang berlainan. Naskah ini juga menyasarkan untuk membawa bersama teks-teks yang paling relevan dengan isu-isu yang penting, ditulis di dalam rantau kita kebelakangan abad ini, dan mempromosi penulis-penulis berbakat dari kalangan komuniti pekerja domestik.

KARYAWAN

Abdoulaye Konaté
Alfredo Jaar
Beatrix Pang
Brian Gothong Tan
Daniela Ortiz
Eisa Jocson
Elvis Yip Kin Bon
Fan Ho
Gan Chin Lee
Cheng Yee Man (Gum)
Harun Farocki
Hit Man Gurung
I Gusti Ayu Kadek
I GAK Murniasih
Imelda Cajipe Endaya
Jao Chia-En
Jean-François Boclé
Köken Ergun
Lai Loong Sung
Larry Feign
Liliana Angulo
Joyce Lung Yuet Ching
​KUNCI Cultural Studies Center
Maria Taniguchi
Melati Suryodarmo
Miljohn Ruperto
Pangrok Sulap
Poklong Anading
Ryan Villamael
Santiago Sierra
Sakarin Krue-On
Sharon Chin
Sun Yuan & Peng Yu
Taring Padi
Xyza Cruz Bacani

The current iteration of Afterwork  is organized by ILHAM and Para Site, Hong Kong.
Afterwork  was first shown at Para Site in March 2016.
Afterwork  is curated by Freya Chou, Cosmin Costinas, Inti Guerrero, and Qinyi Lim.

 

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM