PAMERAN /

Chia Yu Chian: Private Lives

17 Februari - 23 Jun 2019

PROGRAM PAMERAN

Pameran Chia Yu Chian: Private Lives tertumpu kepada dekad terakhir artis Chia Yu Chian dengan menampilkan catan-catan dari akhir tahun 1960an sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1990.

Pada tahun 1963, tahun yang sama Malaysia dilahirkan, Chia Yu Chian menyerahkan segala urusan galeri dan perniagaan alatan seni beliau di Pulau Pinang kepada adik bongsunya. Beliau membawa kesemua barang-barangnya berpindah ke Kuala Lumpur, ibu negeri kepada negara baru demi pengembaraan baru.

Selama dua setengah dekad seterusnya, Yu Chian menghabiskan seluruh kehidupannya bersama isteri dan tiga anak-anak beliau di sebuah rumah flat satu bilik di aras dua Selangor Mansion berdekatan dengan Masjid India. Rumah flat tersebut juga dijadikan atelier, tempat beliau mengadakan kelas seni dan menghasilkan lukisan-lukisan secara berterusan.

Pemandangan kota dan penduduknya menjadi subjek yang mendominasi lukisan-lukisan beliau. Pameran Private Lives meneroka hubungan antara artis moden dan kota moden di dalam era pascamoden.

Terlihat perubahan dalam kefahaman Yu Chian terhadap kotaraya di dalam karya-karyanya yang kemudian. Tidak seperti lukisan alam benda, pemandangan jalanan, dan tablo dari zaman muda beliau, Yu Chian melatih pengamatan terhadap drama sosial dan peristiwa-peristiwa hidup yang senyap dengan memaksa figuratif manusia mendiami di dalam lukisannya. Amat sedikit yang terlepas dari pandangan dan bahan kajian Yu Chian, cikgu sekolah, tauke besar, jururawat, budak sekolah, orang mabuk, peminta sedekah, orang gila, ahli politik, pekerja kilang, dan ramai lagi yang dipaparkan dengan penuh kepakaran menerusi sapuan tebal impasto, menghasilkan imej-imej yang bersemarak dengan warna-warni.

Yu Chian menampilkan potret-potret penduduk kota yang tersisih dan tidak diendahkan, yang digelarkan oleh ahli sosiologi Georg Simmel sebagai ‘jiwa badan budaya.’ Tidak terdapat laungan keagungan dan kehebatan di dalam catan-catan beliau, yang ada hanya kelas pekerja, lelaki dan wanita biasa menetap dan bekerja di kota. Yu Chian berkemahiran menangkap ruang kebiasaan – kedai pajak gadai, hospital, kilang, dan jalanan – dan mengangkatnya sebagai mercu tanda penting di dalam penceritaan semula Kuala Lumpur dari pandangan artis. Melalui catan, Yu Chian mencipta sebuah naratif, membayang semula Kuala Lumpur dan kehidupan kota raya, dan juga negara.

Pameran ini menggabungkan semula pengarah ILHAM Gallery Rahel Joseph dan ahli sejarah seni Universiti Malaya, Simon Soon, dalam kolaborasi kuratorial yang ketiga mereka selepas pameran Love Me in My Batik: Modern Batik Art from Malaysia and Beyond dan Gerak, Rupa, Ubur dan Penyataan.

Pameran ini akan menampilkan lebih 167 buah karya dan bahan-bahan arkib dari koleksi milik keluarga Chia Yu Chian berserta koleksi-koleksi dari persendirian dan institusi.

BFM: The Private Lives Of KL City

21 FEBRUARI 2019: The Business Radio Station (BFM) berbincang dengan kurator pameran, Rahel Joseph dan Simon Soon, tentang kepentingan karya seni artis Malaysia Chia Yu Chian dan warisan seninya yang keseluruhan.

DENGAR DI LAMAN BFM

 

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM