PAMERAN / Gerak Rupa Ubur Penyataan 1957–1973

Gerak Rupa Ubur Penyataan 1957–1973

29 OKTOBER 2017 – 25 FEBRUARI 2018

Mengenai Pameran

Apakah erti menjadi moden? Apakah yang membentuk pengalaman moden? Bagaimanakah kemodenan ini membuka jalan baru kepada representasi dunia menerusi catan di dalam era pasca merdeka Kuala Lumpur?

Pameran Gerak Rupa Ubur Penyataan 1957 – 1973 menjejak kembali fenomena budaya seni moden di Malaysia pada tahun 1960an melalui karya-karya awal tujuh orang artis moden. Mereka adalah, Anthony Lau, Cheong Laitong, Ibrahim Hussein, Jolly Koh, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, dan Yeoh Jin Leng, yang bersama-sama menjayakan GRUP, sebuah pameran seni terpenting di Kuala Lumpur pada tahun 1967. Kini mereka dikenali sebagai pelopor seni moden Malaysia. Walaupun perbezaan gaya dan pendekatan falsafah estetika yang ketara, mereka dilihat sebagai gelombang yang mencetus ekspresi kepekaan moden melalui perantaraan visual.

Kemuncaknya dapat dilihat pada tahun 1967, di sebuah pameran bertajuk GRUP, akronim kepada Gerak Rupa Ubur Penyataan, merujuk kepada kualiti-kualiti yang menjadi tunjang kepada pameran ini. Secara langsung, istilah-istilah ini menjadi asas dan cita-cita kepada artis-artis generasi baru, sekembali dari luar negara, untuk membentuk estetika moden dalam seni mereka.

Pameran GRUP berlangsung pada bulan Mac 1967 di Bangunan AIA, Jalan Ampang, sebuah bangunan korporat setinggi 30 tingkat yang disiapkan dua tahun sebelum 1965. Bangunan ini menandakan perkembangan baru seni bina yang selamanya mengubah latar langit Kuala Lumpur. Inovatif formal di dalam catan moden setara dengan pembangunan urban yang berlaku di tahun 1960an Kuala Lumpur.

Gerak Rupa Ubur Penyataan 1957 – 1973 akan mempersembahkan karya-karya utama oleh ketujuh-tujuh artis GRUP dari tahun 1957 – 1973 dan juga sebuah pameran mengenai infrastruktur seni – ruangan seni, kelompok seni, sekolah seni, institusi seni, korporat dan penaung persendirian – yang terbentuk dalam tempoh tersebut. Pameran ini bertujuan untuk memberi konteks terhadap sistem budaya yang meluas dan fasiliti sokongan yang membantu pembangunan seni moden Malaysia pada tahun 1960an.

 

PROGRAM PAMERAN

Dengan kerjasama

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM