PAMERAN /

Dream of the Day (Impian Suatu Hari)

29 November 2022 - 14 Mei 2023 (Tingkat 5)

RISALAH PAMERAN LAWATAN VIRTUAL

Dikurasikan oleh Patrick Flores

Aku bermimpi suatu hari nanti aku akan mencipta arca yang bernafas, yang boleh berpeluh, batuk, ketawa, menguap, senyum, mengenyit mata, bercungap, menari, berjalan, merangkak…

Tajuk pameran Dream of the Day ini, diambil daripada manifesto tahun 1965 oleh David Medalla, seorang artis kelahiran Filipina yang berpengaruh dalam dunia seni sezaman British dan antarabangsa sejak dekad 60an abad ke-20. Karya beliau, bersama karya 38 lagi artis dari Filipina, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Singapura, Vietnam, Myanmar, Mesir, dan Malaysia termasuk dalam pameran ini yang merangkumi berbagai bahantara, genre dan daya kepekaan— daripada surealisme, ‘sinema renungan’, 'persembahan-trans', kepada fotografi 'queer' dan lukisan feminis. 

Dream of the Day mempersoal bagaimana kehadiran mimpi, unsur-unsur raksasa, mitos, kacukan, petanda, semangat dan khayalan yang dibangkit dalam kumpulan karya ini, wujud dalam konteks sezaman Asia Tenggara, di mana kehidupan moden lazimnya tertumpu pada fahaman realisme, humanisme dan warganegaraan. Pameran ini meletak kepercayaannya pada keraguan dan andaian, meninjau bagaimana seni moden dan sezaman Asia Tenggara, dengan melihat menerusi bentuk-bentuk yang wajar, berupaya memeriksa dan mentafsir hakikat/realiti kehidupan harian melalui penggunaan imejan visual yang melangkaui konvensi dan kebiasaan. Dengan demikian, pameran ini menawarkan kemungkinan berbagai bentuk kecerdasan dan naluri yang mungkin lebih peka terhadap berbagai bentuk kehidupan yang wujud dalam dunia transgenik antara spesis yang lebih luas. 

Amalan membuat imej di Asia Tenggara dalam seni moden mahupun kontemporari telah ditandai oleh pergelutan dengan idealisasi alam semula jadi dan identiti, dan telah membawa kepada pelaburan berlebihan dalam imej yang sama-sama dicipta dan dikritik pada dasarnya dibawah suluhan kolonialisme dan mediatisasi global. Sebaliknya apa yang pameran ini kemukakan ialah sebuah imaginasi yang mungkin tidak begitu bergantung kepada tradisi kritikan ini, walaupun ia masih terus bermain dengan kecenderungan politik dan sosial semasa. 

Imaginasi yang mungkin ini ialah “impian hari ini.” Ianya adalah kebangkitan situasi sekarang, sekaligus sejenis rayuan, arah atau seruan untuk tindakan. Ianya sebuah usaha untuk mengatasi dualisme kritikan - di mana amalan kritikan terikat erat, malah mungkin secara tidak sengaja, mengukuhkan lagi objek kritikannya. Keadaan dualisme begini lama-kelamaan boleh cenderung menafikan cara-cara lain untuk meramal cakrawala perubahan baharu untuk seni dan imaginasi. 

Dengan menggabung karya modenisme dengan karya kontemporari, pameran ini akhirnya bertujuan untuk mewujudkan sebuah sensorium yang meriah, sebuah tempat di mana penonton boleh bermimpi — kerana, bukankah ini dorongan dan potensi yang  menarik kita ke pameran? Ianya tidak kurang daripada pendedahan kepada cabaran. 

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM