PAMERAN /

Nirmala Dutt: Statements

18 Julai – 24 Disember 2023 (Aras 5)

VIRTUAL TOUR RISALAH

"Aku pertamanya seorang artis - tidak semestinya hanya seorang artis wanita, artis feminis atau artis politik."

Nirmala Dutt (1941–2016) seorang berwatak tajam dan luar biasa dalam sejarah seni Malaysia.

Ia seorang daripada segelintir artis wanita generasinya yang telah membentuk dan meneruskan amalan dan kehadiran dalam persada seni tempatan, dan diiktiraf dunia luar. Dalam memilih untuk tidak merujuk secara jelas kepada jantina sebagai rangka kerja, karyanya yang menangani ketidakadilan sosial dan kekejaman perang menonjolkan penderitaan yang menimpa wanita dan kanak-kanak. Ianya tegas seorang artis politik yang tekal menyeru kepada kuasa, tanpa gentar.

Kedudukan begini mantap baginya, kerana dia pertamanya seorang artis; peranan dan motivasi utamanya ialah ekspresi. Fahaman dan konsep seninya adalah luas dan duniawi: dalam ianya terdidik dan mahir dalam bahasa tradisi lukisan modenis Barat, dia juga mendapat inspirasi daripada semangat kritikan sosial dalam sejarah seni Asia dan artis-artis penentang, seperti Jamini Roy hingga sami Buddha Zen Sengai kepada sami Buddha Cina Shitao, Bada Shanren dan Zheng Xie (yang terkenal dengan peletakan jawatannya sebagai majistret selepas mengingkari pegawai-pegawai atasan dengan membina tempat perlindungan dan mengagihkan bijirin kepada mangsa kemarau).

Jelas sekali amalan seni Nirmala berbeza sejak tahun 1973 lagi, apabila dia mengemukakan timbunan sampah, grid gambar pencemaran bandar, dan koleksi artikel akhbar sebagai penyertaannya untuk pertandingan ‘Manusia dan Dunianya’ (Man and His World) di Balai Seni Lukis Negara. Beliau membuka landasan baharu dalam mengguna bahan temuan, pemasangan, montaj foto, fotografi dokumentari, dan komentar sosial, terutamanya bagi menjelaskan isu alam sekitar. Namun begitu karyanya mungkin masih lagi asing bagi kebanyakan orang hari ini, walaupun dia dibimbing, dipertahan dan diperjuang oleh beberapa tokoh paling berpengaruh dalam seni moden Malaysia. Mungkin ketegangan kedudukannya di ambang antara orang luar dan orang dalam yang menambah unsur rasa berani dan segar pada karyanya.

Dalam pameran ini, siri utama karya Nirmala Dutt dikumpulkan dalam sebuah persembahan "kenyataan", sebagaimana beliau sendiri menamakan kumpulan pertama karya utama beliau dari 1973 hingga 1979. Kebanyakan karyanya selepas himpunan teks dan asemblaj foto ‘Kenyataan/Statements’ berupa siri catan atas kanvas, melibatkan cetakan saring-sutera, teks dan imej temuan, berunsur palitan  atau ‘hard-edged’, serta kemudiannya eksperimen dengan instalasi dan seni mel. Dalam setiap siri, Nirmala mengolah subjek tertentu, dicetus lazimnya oleh peristiwa atau pemerhatian semasa, dengan imej dan strategi berulang yang membolehkan kita membuat hubungan dan mengkait tema.

Pameran ini terbahagi kepada tiga bahagian am.

Di tengah-tengah galeri, terdapat karya yang bercakap tentang hal peribadi dan domestik, kedudukan beliau sebagai "artis" dan tanggapan tentang "perempuan". Bahagian kanan galeri menumpu kepada karya beliau yang mendedahkan akibat kepada manusia dan alam sekitar dalam membina negara yang dikatakan "progresif", yakni Malaysia kini. Terpapar di sini ialah siri karya beliau mengenai pencemaran alam, nasib setinggan dan penduduk miskin di bandar, perpindahan komuniti untuk pembangunan, pelucutan alam semula jadi dan komodifikasi budaya, dan kesiasiaan usaha ‘lompatan hebat kehadapan’ negara yang menjangkau tahun 1970-an hingga 1990-an. Di bahagian kiri, terpamer lukisannya yang dibuat selari semasa 1980-an dan 1990-an, memapar mangsa konflik dan keganasan perkauman global dalam siri demi siri - Anak Asia, Vietnam, Afrika, Beirut, Bosnia - mengecam kuasa dan muslihat geopolitik yang menciptanya. Akhir sekali, dalam karya utama terakhirnya, Nirmala tergerak untuk mencari ekspresi bagi tragedi tsunami Lautan Hindi 2004 yang gemanya dirasai seluruh dunia. Kita mengalami bukan sahaja dorongan yang hebat daripada respon emosi si artis, tetapi juga bagaimana rasanya mengalami kehidupan pada masa perubahan dan kesusahan yang luar biasa.

Kita boleh membaca "kenyataan" Nirmala Dutt sebagai pernyataan bantahan terhadap keganasan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar dan sesama manusia. Atau kita boleh membacanya sebagai kenyataan saksi, di mana si artis itu bukan hanya pemerhati tetapi secara aktif mengumpul bukti dan menjadi saksi kepada ketidakadilan dan tragedi pada zamannya. Atau sebagai kenyataan amaran, tentang akibat ketamakan, cita-cita, kemunafikan, dan kecuaian manusia. Pada tahap lain, kenyataannya juga merupakan kenyataan tentang kewujudan dirinya sendiri di dalam semua itu, sebuah rakaman peristiwa pada zamannya dan tindak balasnya yang mendalam terhadapnya. Setiap palitan berusnya adalah dakwaan. Dewasa ini, apabila perubahan iklim semakin pantas, perang dingin baharu bermula, masyarakat orang asli terus berjuang untuk tanah dan hak, dan pembangunan bandar tidak menunjukkan hasrat mengundur, seruan Nirmala kepada hati nurani kita nyata lebih mendesak berbanding dahulu.

 

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM