PAMERAN /

HOMEBODY: Finalis dari Pertandingan Seni ‘PKP’ ILHAM Kids

5 JANUARI - 9 MEI 2021 (ARAS 3)

Sepanjang tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikuat kuasakan pada awal tahun lalu, Galeri ILHAM telah mengadakan pertandingan seni bertemakan ‘Homebody’ (duduk di rumah) khusus untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun. PKP adalah tempoh yang mencabar buat kanak-kanak, dan di sini kami ingin menawarkan ruang untuk saluran kreativiti mereka. Kajian mendapati bahawa menghasilkan seni dapat mengurang kegelisahan dan kebosanan. Setelah menerima lebih seratus penyertaan, dengan bangganya kami mempersembahkan 34 buah karya yang telah dipilih oleh anggota ILHAM. Semua karya di sini digantung mengikut kesesuaian aras mata kanak-kanak.

Ketika anda meneliti karya-karya ini di galeri, perhatikan persamaan dan perbezaan maksud ‘Homebody’ yang diinterpretasikan oleh artis-artis cilik ini. Sebahagiannya mengambil pendekatan langsung dengan menggambarkan aktiviti harian mereka, manakala yang lainnya memberi perhargaan kepada pasukan barisan hadapan. Tema ini juga menerima penyertaan yang abstrak, penuh dengan ciri-ciri esoterik.

Tahniah kepada semua artis yang terpilih!

RISALAH PAMERAN (PDF)

‘Daddy and Us’ by Embun Jameela Binti Mohd Ridzwan
‘Daddy and Us’ oleh Embun Jameela Binti Mohd Ridzwan
 
‘MCO “Survival” Guide by Leong Jen Cheng
‘MCO “Survival” Guide oleh Leong Jen Cheng
 
MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM