PAMERAN /

Fracture/Fiction: Pilihan daripada Koleksi ILHAM

21 Julai - 10 November 2019

PROGRAM PAMERAN

Fracture/Fiction: Pilihan daripada Koleksi ILHAM ialah sebuah pameran yang menyajikan 93 buah karya 45 orang pelukis daripada koleksi tetap Galeri ILHAM. Dalam menyenaraikan berbagai penyuaraan daripada Asia Tenggara dan Asia Selatan, pameran ini meninjau pembaharuan yang dibuat oleh para pelukis dalam tindakan mereka terhadap tekanan hidup masyarakat semasa menerusi amalan dan pendekatan yang luas.

Fracture/Fiction

Fracture/Fiction menjemput para pelawat merenungi bagaiamana para pelukis menangani retak-retakan yang terjadi dalam masyarakat dan pada zaman kehidupan mereka. Pengkarya-pengkarya ini minat mendekati perkara yang sebati dengan kehidupan harian mereka, dan mengubahnya menerusi cara-cara yang kadang-kadang tidak terjangka.

Fracture/FictionJangkauan konteks geografi dan sosio-politik, serta topik dan tema menawarkan kepada penonton perseiringan yang tidak dijangka di antara kisah-kisah yang menakjubkan lagi bermakna. Sebagai contoh, ambil pelukis Kemboja Sopheap Pich; arca beliau daripada buluh dan rotan, diilhami lenggai pohon spesies Beng yang terancam, diletak sebelah karya penting berbentuk sayap daripada berbilah sabit oleh pengkarya Filipina, Alfredo dan Isabel Aquilizan. Sementara karya pertama merujuk kepada ekosistem Kemboja yang diancam oleh pembalakan, karya kedua membangkitkan kesedaran tentang kesusahan hidup masyarakat petani di rantau ini, menerusi penggunaan peralatan logam tempaan dan simbol-simbol industri lain.

Koleksi ini mencerminkan komitmen Galeri ILHAM untuk mempersembahkan bukan sahaja kesenian Malaysia, tetapi juga berbagai jenis kesenian yang menjalinkan perspektif sejarah, politik dan peribadi yang unik. Penyertaan karya-karya serantau menandakan contoh misi Galeri ILHAM dalam memberi landasan kepada rakyat Malaysia dan sekali gus kesenian Malaysia untuk menyertai perbincangan dan kegiatan serantau yang lebih luas.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Galeri ILHAM untuk menyokong selengkapnya perkembangan kesenian di negara ini, sepuluh orang penulis telah dipilih untuk menyertai sebuah bengkel penulisan seni di bawah pengendalian pengkritik seni Lee Weng Choy. Para peserta akan berusaha untuk menjelaskan idea-idea yang kompleks, menghasilkan penulisan
yang lebih menarik, dan menempatkan karya-karya berkenaan dalam konteks yang lebih merangkum. Hasil penulisan mereka, yang berupa reaksi kepada karya-karya yang terpamer, dijadikan sebahagian teks katalog.

Fracture/Fiction


Fracture/Fiction memaparkan karya-karya seni oleh
Adeela Suleman, Alfredo and Isabel Aquilizan, Anju Dodiya, Chun Kai Feng, Eko Nugroho, Felix Bacolor, Foo May Lyn, Heri Dono, Hit Man Gurung, Indieguerillas, Kamin Lertchaiprasert, Kow Leong Kiang, Lampu Kansanoh, Manit Sriwanichpoom, Martha Atienza, Melati Suryodarmo, Mella Jaarsma, Mithu Sen, Mit Jai Inn, Montien Boonma, Muhammad “Ucup” Yusuf, Nalini Malani, Nona Garcia, Nyoman Masriadi,Pangrok Sulap, Poklong Anading, Radhika Agarwala, Reena Saini Kallat, Roberto Feleo, Ronald Ventura, Roslisham Ismail (Ise), Samsudin Wahab, Shilpa Gupta, Simryn Gill, Sopheap Pich, Surya Wirawan, Tawatchai Puntusawasdi, Tayeba Begum Lipi, Thanathorn Suppakijjumnong, Utai Nopsiri, Vasan Sitthiket, Waseem Ahmed, Wong Hoy Cheong, Yee I-Lann, dan Yogesh Ramkrishna.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM