PROGRAMOGOS-DEC 2018

MUSIM FOTOGRAFI DI ILHAM: 

we will have been young

20 OKTOBER – 18 NOVEMBER 2018, ARAS 3

Sebuah pameran anjuran Festival Fotografi OBSCURA dengan kerjasama Ostkreuz Agentur der Fotografen dan Institut Goethe.

we will have been young

we will have been young ialah sebuah pameran fotografi kontemporari bersifat visual-antropologi yang menampilkan 12 jurufoto muda dari Asia Tenggara yang meneroka isu-isu berkaitan dengan ketidakstabilan anak muda dan kekaburan serta kesementaraan masa depan. Kumpulan karya ini dihasilkan dalam tempoh masa 12 bulan menerusi program masterclass fotografi yang diselia oleh jurufoto Jerman, Jörg Brüggemann dan Tobias Kruse, dari Ostkreuz Photographers’ Agency (Berlin) semasa Festival Fotografi OBSCURA yang dilangsungkan di antara tahun 2016 dan 2017. Karya-karya ini memaparkan tema- tema berkenaan dengan rasa kekitaan, keluarga, cinta, identiti, kesihatan mental, sejarah dan penindasan yang diungkapkan dengan selaras bahasa visual yang unik namun masih berkembang di rantau Asia Tenggara. Buku we will have been young direka bentuk oleh Calin Kruse dan diterbitkan oleh dienacht Publishing (Leipzig, Jerman).


PROGRAM

LAWATAN BERSAMA KURATOR DAN ARTIS

20 OKTOBER 2018, 4 ptg, ARAS 3

Lawatan kuratorial dan artis bersama Vignes Balasingam, Pengarah OBSCURA Festival of Photography dan artis, Alvin Lau (Malaysia), Elliot Koon (Malaysia), Lee Chang Ming (Singapore), Watsamon Tri-yasakda (Thailand).


BICARA ILHAM: REPRESENTASI, AGENSI DAN PENAPISAN DALAM FOTOGRAFI

21 OKTOBER 2018, 3 ptg, ARAS 3

Lee Chang Ming (Singapore) dan Watsamon Tri-yasakda (Thailand) akan membicarakan tentang karya mereka dan akan disertai oleh jurufoto dan aktivis Pang Khee Teik (Malaysia) bagi membincangkan kepentingan sosial dan politik dalam perwakilan komuniti dalam fotografi dan agensi yang menawarkan keupayaan untuk menwakili dan diwakili. Panel-panel juga akan membincangkan tentang permasalahan etika dan falsafah penapisan yang membelenggu kebanyakan negara di Asia Tenggara. Dimoderasi oleh Sharaad Kuttan.


BICARA ILHAM: BERSAMA ALVIN LAU & ELLIOT KOON

27 OKTOBER 2018, 3 ptg, ARAS 3

Alvin Lau dan Elliott Koon akan membincangkan karya, proses dan pengalaman mereka sepanjang program ini. Perbincangan ini ialah sebuah tinjauan tentang projek peribadi, proses program dan renungan terhadap buku foto, pameran keliling dan pengalaman bekerja bersama dalam pameran berkumpulan ini.


BICARA ILHAM: TINJAUAN BUKU FOTO MALAYSIA

3 NOVEMBER 2018, 3 ptg, ARAS 3

Menampilkan kerja-kerja pembuat buku foto bebas Malaysia, sesi ini menjemput para pembuat buku foto bebas dan jurugambar terkenal untuk mempamer dan memberi ulasan tentang kepentingan praktis fotografi dan penerbitan karya. Menampilkan Nadia J. Mahfix, Nik Adam dan Hafiz Hamzah daripada Obscura Malaysia.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM