PAMERAN / ILHAM Contemporary Forum

ILHAM CONTEMPORARY FORUM Malaysia 2009-2017

21 Mei – 8 Oktober 2017

ILHAM CONTEMPORARY FORUM, adalah sebuah projek terbaru dari Galeri ILHAM dengan pendekatan eksperimen meneroka dunia seni dan kebudayaan Malaysia, hasil gabungan profesional jemputan dari pelbagai bidang dan jawatan, kesemuanya berumur di bawah 39 tahun untuk menghasilkan sebuah pameran seni. 

ILHAM telah memilih tujuh Kurator Projek yang ditugaskan untuk mengenal pasti lima karya seni atau projek budaya yang telah dihasilkan di dalam lingkungan lapan tahun kebelakangan ini (“projek budaya” termasuk  lem, fesyen, persembahan, komik, rekaan dan sebagainya).

Pameran ini tidak bermaksud menjadi sebuah tinjauan aliran kontemporari, namun bertujuan untuk membuka ruangan debat dan perbincangan terhadap perkara-perkara yang berlaku di dalam dunia kesenian dan kebudayaan tempatan. Selain itu juga, ILHAM Contemporary Forum menggunakan pameran sebagai batu loncatan untuk mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti seterusnya, dari forum umum sehingga bengkel, yang diharapkan dapat menjana lebih banyak lagi persoalan dan kajian terhadap dunia seni dan budaya Malaysia. Sebagai kesimpulan kepada pameran, forum dan bengkel yang diadakan, ILHAM akan menerbitkan sebuah buku yang mendokumentasikan segala proses dan aktiviti keseluruhan projek ini. Tidak seperti pameran muzium, yang lebih autoritatif dalam tinjauan seni kontemporari, Kurator Projek ILHAM Contemporary Forum diminta untuk tidak melihat suasana seni kini hanya dari satu sudut yang seakan merumuskan perjalanan seni tempatan di dalam sebuah naratif. Sebaliknya, pameran ini mengangkat persoalan-persoalan yang kedengaran dari dalam lapangan — siri- siri perbualan dari pelbagai lapisan suara.

Setelah karya-karya terpilih dipersetujui, perbincangan mengenai pameran berlangsung di antara semua yang terlibat. Kami bersepakat untuk membahagikan pameran ini kepada empat “kelompok” — berbanding menggunakan “tema” sebagai asas penyusunan pameran kerana ianya dirasakan terlalu berat pada pandangan kami, dan penggunaan “kelompok” lebih menepati pendekatan kami yang lebih bersifat tentatif dan eksploratif dalam mengkurasikan pameran ini. Setiap satu “kelompok” ini diberi tajuk: (i) “bermain, negosiasi, tentangan”; (ii) “ketidakselesaan”; (iii) “mengorak semula”; dan “arkib, naratif, dunia”.

Setelah pameran dibuka, Kurator Projek akan kembali berkumpul semula untuk membincangkan penggantungan semula pameran ini — di atas tujuan untuk menyusun dan memikirkan kembali kelompok karya dan projek budaya yang sedia ada. Penggantungan semula ini dilihat sebagai sebuah cara untuk ber kir dengan lebih mendalam melalui material yang sudah tersedia dan juga meneroka kondisi seni dan budaya kontemporari Malaysia. Sebelum mencapai kata akhir dalam penggantungan semula karya, Kurator Projek akan berkongsi buah  kiran mereka di dalam forum umum, disamping mendekati khalayak sambil menyelami observasi dan pendapat mereka terhadap karya-karya yang dipamerkan, tema dan konteks yang dirujuk, dan kemungkinan- kemungkinan lain dalam menyediakan dan menguruskan pameran. Penggantungan semula akan berlaku pada separuh masa kedua pameran. 

ILHAM Contemporary Forum akan diselia oleh Lee Weng Choy, presiden, Seksyen Singapura, International Association of Art Critics, dan Rahel Joseph, Pengarah Galeri ILHAM. Ketujuh-tujuh Kurator Projek adalah Azzad Diah Ahmad Zabidi, chi too, Kat Rahmat, Tan Hui Koon, Mark Teh, Ong Jo-Lene, dan Ridhwan Saidi.

PROGRAM PAMERAN

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM