PAMERAN /

Two Mountains Photography Project 3.0

24 November 2018 - 27 Januari 2019

Sebuah pameran anjuran KLPA Events dan KLEE, INC PARIS TOKYO dental sokongan HP DesignJet, PhotoMedia, Aēsop, dan Japan Foundation Kuala Lumpur.

Two Mountains Photography Project 3.0

Two Mountains Photography Project adalah projek fotogra persahabatan yang dimulakan oleh Steven Lee, pengarah Kuala Lumpur Photoawards, KLPA Events dan Naoko Ohta, pengarah KLEE, INC. PARIS TOKYO. Sebagai mengiktiraf status ikonik Gunung Fuji di Jepun dan Gunung Kinabalu di Malaysia, tiga jurugambar dipilih khas dari kedua negara untuk merakamkan foto dan cerita peribadi mengenai puncak yang disanjung itu. Mereka memberi tumpuan kepada komuniti yang hidup di bawah bayang-bayang puncak tersebut. Projek silang budaya ini berharap ia dapat memberi gambaran mengenai legenda, cerita rakyat dan tradisi dari setiap gunung.

Mempersembahkan Nadirah Zakariya, Nana Safiana, Stacy Liu, Atsushi Okuyama, Mikio Hasui, dan Yuki Morita.


PROGRAM

Panel Perbincangan: Two Mountains Photography Project
25 Nov 2018, 2ptg, Aras 3
Di dalam perbincangan panel ini, jurufoto-jurufoto yang terlibat di dalam pameran projek fotogra  Two Mountains akan berkongsi dengan khalayak penonton pengalaman mereka dan pemikiran awal mereka mengenai projek ini.

Fotografi Kreatif Untuk Kanak-Kanak
2 Dec 2018, 11pg, Kedai ILHAM Aras 5 (Yuran: RM20)
Mari bersama jurufoto Nana Sa ana dan Nadirah Zakariya untuk aktiviti menghasilkan gambar di persekitaran galeri ILHAM dan mempelajari kaedah kreatif penggayaan, prop dan kawalan asas exposure. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 8–12 tahun. (Ibu-bapa dinasihati menemani kanak-kanak di bawah umur 9 tahun).

Haiku Dalam Ekspresi Fotografi: Bengkel mini dengan Stacy Liu & Nadirah Zakariya
12 Jan 2019, 2ptg, Aras 3 (Yuran: RM20)
Olah detik-detik puitis di dalam foto-foto anda untuk membina 'puisi visual'. Fotogra  seni selalunya menampilkan perjalanan visual yang boleh dibaca seperti puisi. Acara berbentuk eksperimental ini akan menggabungkan daya kreatif pemudah cara dan peserta untuk menghasilkan siri foto mini yang mungkin dipengaruhi oleh rangkap-rangkap haiku ataupun puisi yang merujuk kepada Gunung Fuji dan Gunung Kinabalu.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM